MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PERAKKU I DI KG. SERDANG, DAERAH MANJUNG
MANJUNG, 20 Januari 2025 - LPHP bersama-sama pihak TNB telah menyampaikan kunci Rumah Perakku I di Kg. Serdang, Daerah Manjung kepada seorang ASNAF iaitu En.Azhar bin Kamaruddin.
Pihak LPHP mengucapkan tahniah kepada penerima yang terpilih untuk memiliki rumah Perakku.
Makluman juga, kos pembayaran rumah Perakku ini ditaja sepenuhnya oleh pihak TNB di bawah Program Baiti Jannati (TNB).
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat meringankan beban kepada golongan yang memerlukan.
- Hits: 160