PENYERAHAN WATIKAH OLEH PIHAK TNB KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LPHP BAGI PENAJAAN RUMAH DI BAWAH PROJEK BAITI JANNATI (PBJ) TNB 2024

22 Ogos 2024 (Rabu) - Sesi Penyerahan Watikah oleh pihak TNB kepada Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, En Mohamed Akmal Bin Dahalan bagi penajaan rumah di bawah Projek Baiti Jannati (PBJ) TNB 2024.

PBJ merupakan satu program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak TNB untuk menyediakan rumah kepada penerima asnaf.

Pihak LPHP berperanan sebagai pembekal rumah kediaman yang telah siap dibina dan sedia diduduki untuk ditaja pembeliaannya oleh pihak TNB bagi pihak penerima asnaf tersebut.

Penyerahan ini telah dihadiri oleh Dato' Ir. Sharuddin bin Mohd Simin, Pengurus Besar TNB Negeri Perak, Puan Hajah Ir. Mazliza Binti Zahri@Zahari, Head Corporate Affairs TNB HQ, Encik Mohamad Hariz bin Mua' anoff, Pengurus Kanan Event Management, Encik Ir. Ts. Mohd Azmer bin Md. Zainol, Pengurus Kanan (Corporate Responsibility), Encik Mohd Toha, Pengurus SSA Negeri Perak, Encik Mohd Amin bin Rahim dan Puan Norezian binti Mat Juah@Mat, Pegawai Eksekutif (Wakalah).





    
  • Hits: 5
  • Hits: 1649

𝐑𝐄𝐓𝐑𝐄𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 (𝐋𝐏𝐇𝐏), 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃

𝐑𝐄𝐓𝐑𝐄𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 (𝐋𝐏𝐇𝐏), 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

24-25 FEB 2024 - LPHP telah mengadakan satu program retreat di Hotel Novotel Taiping dimana tujuan program ini diadakan adalah untuk mendengar pandangan dan sesi perkongsian maklumat daripada agensi berkaitan serta cadangan-cadangan konsep pembangunan perumahan baharu untuk dipertimbangkan di dalam Dasar Perumahan Negeri Perak.

Program selama 2 hari ini dihadiri oleh YB Sandrea Ng Shy Ching selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, wakil Pejabat Tanah dan Galian Perak, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Wakil Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri (BKT) SUK Perak.
Selain itu, LPHP juga menjemput REHDA cawangan Negeri Perak untuk membentangkan serta berkongsi isu dan masalah yang dihadapi oleh pengiat industri perumahan di Negeri Perak.

LPHP mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen yang diberikan kepada semua sepanjang tempoh program retreat ini diadakan
Unit Dasar dan Kawalan Perumahan











  • Hits: 357

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟑𝟎

23 Feb 2024 - LPHP telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan penetapan sasaran Perumahan Sejahtera di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.
Objektif mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan, cadangan serta input setiap agensi pelaksana Rumah Mampu Milik di Negeri Perak bagi merealisasikan Program Flagship Perumahan Sejahtera. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada PKNPk, SSI, MB Inc, PCB, Yayasan Perak, MAIPk, Maju Perak, Unit Pengurusan Fasiliti MBI, PR1MA, FELCRA, FELDA, JPN, UPEN & IDR.







    
  • Hits: 334

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

21 & 22 Februari 2024- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Bengkel Tatacara Perolehan. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli jawatankuasa berkenaan tatacara perolehan sebut harga secara teori dan praktikal. Di samping itu juga, bengkel ini menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, pendapat dan pengalaman.













    
  • Hits: 214

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗦𝗘𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 (𝗦𝗦𝗣𝗦)

RABU, 21 FEBRUARI 2024- Skim Sewa Perak Sejahtera (SPSS) yang dilancarkan sekitar bulan Ogos 2023 telah mula ditawarkan kepada penyewa untuk diduduki. SSPS merupakan satu daripada pelbagai inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi membantu golongan sasar untuk menyewa kediaman pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Seperti diumumkan sebelum ini SSPS ini akan dimulakan di Daerah Manjung iaitu di Taman Perakku Serdang, Sitiawan, Perak.
LPHP telah menyerahkan surat tawaran sewaan SSPS kepada 3 orang penerima pertama daripada dan penyerahan telah diadakan di unit rumah Taman Perakku Serdang, Sitiawan Perak.
















  • Hits: 406

ARAHAN MENGOSONG DAN SITAAN UNIT RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL


ARAHAN MENGOSONG DAN SITAAN UNIT RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL  

15 FEBRUARI 2024, Proses arahan mengosong dan sitaan rumah oleh pihak Mahkamah Majistret Ipoh dan LPHP. Pihak LPHP dengan bantuan pihak peguam dari Tetuan Iskandar Al-Bakri & Associates telah berjaya mendapatkan Perintah Pelaksanaan Milikan Kosong bagi unit di Rumah Pangsa Jalan Hospital dan pelaksanaan arahan mahkamah tersebut telah dibuat pada hari ini.
Peguam LPHP telah menerangkan kepada defendan bahawa tindakan akan dibuat dengan kehadiran pihak polis sekiranya defendan masih gagal mematuhi tempoh untuk mengosongkan rumah yang diberikan oleh pihak plaintiff.
Tindakan gabungan daripada:
Unit perundangan.
Unit Operasi dan Perumahan.
Pegawai Penguatkuasa LPHP.






  • Hits: 977

Soalan Lazim Rumah Perakku

Soalan Lazim Rumah Perakku

Soalan Lazim Rumah Perakku

  • 1. Bagaimanakah untuk mendaftar Rumah Perakku?

    Pemohon yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman sesawang LPHP dan mengisi di bahagian pendaftaran. Kemudian isi borang tersebut dan setelah selesai klik hantar. Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun sekiranya ada sebarang pengemaskinian dilakukan. Pengemaskinian borang perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali

  • 2. Apakah syarat-syarat untuk memohon Rumah Perakku?

    Syarat-syarat untuk memohon Rumah Perakku adalah pemohon :

    1) Warganegara Malaysia.

    2) Berumur 18 tahun ke atas.

    3) Keutamaan kepada rakyat Perak.

    4) Satu pasangan satu permohonan sahaja.

    5) Pemohon dan pasangan belum memiliki hartanah kediaman.

    6) Pemohon atau pasangan menetap atau bekerja di Negeri Perak.

    7) Permohonan rumah adalah untuk didiami bukan untuk disewa.

    Had Kelayakan Pendapatan :

    Kategori Rumah Perakku 1 (kos rendah)

    Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.

    Kategori Rumah Perakku 2 (kos sederhana)

    Pendapatan isi rumah di antara RM 5,001.00 - RM 8,000.00 sebulan.

    Kategori Rumah Mampu Milik

    Pendapatan isi rumah melebihi RM8,000.00 ke atas.

  • 3. Apakah konsep perumahan Perakku yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak(LPHP)?

    Rumah-rumah yang ditawarkan oleh LPHP adalah rumah kediaman 3 bilik tidur serta dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa. Harga rumah dijual pada kadar yang mampu dimiliki oleh rakyat.

  • 4. Saya sudah mendaftar. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?

    Pemohon akan dipanggil temuduga apabila projek yang dibangunkan di daerah pemohon mohon sudah dinaikkan sebanyak 50 peratus. Pihak LPHP akan menghantar surat jemputan temuduga ke alamat pemohon yang telah didaftarkan di dalam sistem e-perumahan

  • 5. Saya telah mendaftar di dalam sistem e-perumahan tetapi bagaimana pula dengan dokumen-dokumen sokongan?

    Pemohon hanya perlu membuat permohonan secara maya di laman sesawang LPHP dan mengisi borang mengikut butiran yang diminta sahaja. Dokumen-dokumen sokongan tidak perlu disertakan sekali kerana dokumen-dokumen berikut hanya perlu dibawa semasa proses temuduga

  • 6. Adakah pemohon bujang dan OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh mendaftar Rumah Perakku?

    Rumah Perakku mempunyai kuota sebanyak 5% bagi pemohon berstatus bujang dan OKU.

  • 7. Adakah layak setiap isi rumah memohon Rumah Perakku?

    Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya salah seorang isi rumah yang dibenarkan untuk mendaftar Rumah Perakku di dalam sistem e-perumahan

Read more …Soalan Lazim Rumah Perakku

  • Hits: 26052

Soalan Lazim Sistem e-hartanah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Perak

Soalan Lazim Sistem e-hartanah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Perak.

Login Sistem eHartanah

Soalan Lazim Sistem e-hartanah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Perak.

  • 1) Bagaimanakah pemaju boleh mendapatkan surat sokongan APDL daripada LPHP?

    Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh melayari sesawang ehartaperak.com dan mengisi bahagian pendataran bagi pemaju dan pemohon perlu mendaftarkan nama untuk mewakili pemaju dan tekan klik hantar. Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun ini di dalam sistem, sekiranya ada perubahan nama pemohon diminta memaklumkan kepada LPHP untuk perhatian.

    Pihak admin akan membuat semakan dan membuka sekatan supaya pemohon boleh mengisi maklumat di dalam sistem tersebut.

  • 2) Jika ada tambahan makluman apa perlu dibuat pada sistem?

    Pihak pemaju boleh login dan kemaskini makluman.

  • 3) Pemaju sudah mendaftar di dalam sistem apakah tindakan seterusnya?

    Pihak LPHP akan menyemak keseluruhan permohonan dimana lengkap atau tidak mengikut syarat-syarat permohonan Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju (APDL) dan Dasar Perumahan Negeri Perak. Sekiranya tidak lengkap pentadbiran ini akan memaklumkan perkara yang perlu ditambah sebelum surat sokongan Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju (APDL) dikeluarkan.

Read more …Soalan Lazim Sistem e-hartanah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Perak

  • Hits: 4236

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak