Soalan Lazim

Soalan Lazim Kebenaran Pindah Milik Rumah Kos Rendah

  • 1. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada rumah saya perlu melalui proses permohonan kebenaran daripada LPHP sebelum ia boleh dipindahmilik kepada orang lain?

    Pemohon boleh mendapatkan maklumat sama ada perlu melalui proses permohonan kebenaran daripada LPHP berdasarkan Syarat Nyata yang tertera di dalam Hakmilik atau Carian Rasmi. Sekiranya Syarat Nyata ada menyatakan bahawa rumah berstatus kos rendah atau rumah murah, maka pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada
    LPHP.

  • 2. Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan dan senarai semak yang berkenaan?

    Pemohon boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang kebenaran pindahmilik rumah kos rendah daripada laman web rasmi LPHP (www.lphp.perak.gov.my) secara percuma atau membeli satu set borang tersebut di kaunter LPHP dengan harga RM5.00.

  • 3. Bagaimanakah pembayaran fi permohonan dan penalti boleh dibuat?

       A.Bagi permohonan baru, rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya, pembayaran fi permohonan boleh dibuat oleh pemohon melalui kaedah Tunai sahaja di kaunter LPHP.

    Orang Perseorangan

    Pemaju Perumahan

    Pemohonan Baru: RM50.00

    Rayuan Kali Pertama: RM50.00

    Rayuan Seterusnya: RM100.00

     

    Pemohonan Baru: RM30.00

    Rayuan Kali Pertama: RM50.00

    Rayuan Seterusnya: RM100.00

     

       B.Bagi permohonan rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya yang telah diluluskan oleh LPHP, pembayaran penalti boleh dibuat melalui kaedah Tunai, Cek atau Banker’s Cheque sahaja di atas nama LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK.

  • 4. Berapakah tempoh masa untuk permohonan saya diproses?

    Tempoh masa yang diambil untuk pihak LPHP memproses permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah adalah selama 45 hari.

  • 5. Apakah perbezaan pindahmilik secara “kasih sayang” dan “rela hati”?

    Pindahmilik secara “kasih sayang” adalah pindahmilik yang dilakukan tanpa apa-apa balasan kewangan di antara suami kepada isteri, isteri kepada suami, ibu/bapa kepada anak, anak kepada ibu/bapa sahaja.  Pindahmilik tanpa apa-apa balasan kewangan yang dilakukan selain daripada hubungan di atas adalah pindahmilik secara “rela hati”

  • 6. Saya ingin membuat pembelian rumah daripada Pemaju Perumahan. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Surat Tawaran daripada LPHP?

    Pihak Pemaju Perumahan yang ingin menjual rumah kepada first house buyer perlu berurusan dengan Unit Dasar dan Pemasaran LPHP untuk mendapatkan surat tawaran daripada LPHP. Pembeli hendaklah terlebih dahulu berdaftar di dalam sistem e-perumahan LPHP dan memohon di bawah kategori “Rumah Perakku”

  • 7. Bagaimanakah saya boleh membuat rayuan sekiranya permohonan saya ditolak/tidak dibenarkan?

    Sekiranya permohonan baru pemohon ditolak/tidak dibenarkan, pemohon boleh membuat rayuan dengan menggunakan dokumen yang sama seperti permohonan baru turut disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:

    1. Surat makluman keputusan penolakan oleh LPHP.
    2. Surat Rayuan yang disertakan dengan alasan-alasan mengapa pindahmilik hendak dibuat
  • 8. Adakah pemilik dan penerima perlu hadir secara fizikal ke kaunter semasa menghantar permohonan?

    Pemilik dan Penerima tidak perlu hadir bersama. Salah seorang daripada pihak boleh membuat permohonan di kaunter. Pemohon juga boleh menggunakan khidmat wakil untuk menghantar permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah ke kaunter LPHP

  • 9. Apakah prosedur untuk saya mengambil keputusan permohonan di Kaunter LPHP?

    • Pihak LPHP akan menghubungi pemohon atau wakil secara panggilan telefon berdasarkan butir-butir yang diisi di dalam borang permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah setelah keputusan permohonan telah sedia untuk diambil.
    • Pemohon atau wakil boleh mengambil keputusan permohonan di kaunter LPHP dengan membawa resit pembayaran fi berwarna biru untuk rujukan pihak LPHP. Pengambilan keputusan permohonan tanpa resit tidak akan dilayan.
  • 10. Saya telah membuat pendaftaran di e-perumahan LPHP. Walau bagaimanapun, saya terlupa kata laluan atau id pengguna atau mengalami masalah e-perumahan. Bagaimana saya boleh berurusan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Pemohon boleh berurusan dengan pihak LPHP (Unit Pentadbiran – ICT) untuk membuat kata laluan dan id pengguna yang baru

  • 11. Saya telah membuat permohonan di e-perumahan namun selepas sebulan permohonan saya masih belum diluluskan. Apa yang perlu saya lakukan?

    Pemohon boleh berurusan dengan pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) untuk menyemak butir-butir pemohon sama ada perlu dikemaskini atau tidak. Sekiranya butir-butir yang diisi oleh pemohon telah lengkap, pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) akan meluluskan permohonan tersebut

Read more …Soalan Lazim

  • Hits: 10115

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
  • Hits: 3983

Penafian

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Bahasa Lain
Sila ambil perhatian bahawa Portal Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Hits: 3637

Hubungi Kami

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

  • No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
    30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

  • 05-526 5588

  • 05-5269199

  • lphp@perak.gov.my
  • Waktu Operasi Kaunter 8.00 pagi - 4.30 petang

Cawangan UTC

  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, UTC 26, Aras 2, Bangunan UTC Perak, Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak

  • 05-246 1959 / 05-246 0057
  • 05-526 9199

  • lphp@perak.gov.my
  • Waktu Operasi Kaunter 8.00 pagi - 4.30 petang

Direktori Pegawai

Borang Aduan, Cadangan, Penghargaan & Pertanyaan

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Pengesahan
Tukar Invalid Input

Read more …Hubungi Kami

  • Hits: 133296

Fungsi Organisasi

  • INTEGRITI DAN PENTADBIRAN


    1. Penyediaan teks ucapan majlis dan lain-lain.
    2. Menyediakan maklumat dan input sidang media.
    3. Penyelarasan jawapan soalan dewan.
    4. Mengemaskini minit fail – fail projek dan fail lain yang berkaitan berdasarkan keperluan.
    5. Urusetia majlis rasmi dan keraian.
    6. Urusetia Mesyuarat Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
    7. Penyelarasan kertas MMK.
    8.Mengumpul dan memfailkan keratan berita / akhbar berkaitan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak berdasarkan isu semasa.
    9.Mengurus aduan pelanggan.
    10.Inovasi & kreativiti

    PENTADBIRAN

    1. Pentadbiran

    a) Penyelenggaraan kenderaan, harta modal dan peralatan pejabat;
    b) Pelupusan dan hapuskira.
    c) Pentadbiran Kaunter LPHP di UTC
    d) Pengurusan Fail
    e) Pengurusan Mesyuarat
    f) Perolehan

    2. Perkhidmatan

    a) Pengurusan Prestasi
    b) Sumber Manusia;
    c) Latihan;
    d) Penyediaan Laporan Tahunan
    e) Kerohanian
    f) Rekod Servis
    g) Pengurusan Cuti

    3. Kerohanian

    4. Pengurusan Mesyuarat

    ICT / TEKNOLOGI MAKLUMAT

    1. Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal mengenai permasalahan ICT;
    2. Menyelia dan memantau Sistem e-Sewa, e-Sewabeli dan e-Perumahan di
    LPHP dan
    3. juga di 16 Pejabat Daerah;
    4. Bertanggungjawab kepada pembangunan dan penambahbaikan sistem-sistem baru dan sedia ada
    5. Memastikan peralatan ICT diselenggara dan berfungsi dengan baik;
    6. Menyelenggara laman sesawang rasmi LPHP.
    7. e-Perumahan PerakKu

  • KEWANGAN

    1. Bajet Mengurus

    2. Bajet Pembangunan

    3. Pengurusan Akaun Pengurusan / Operasi
    a) Baucar Bayaran
    b) Emolument
    c) OBM Accounting
    d) CIMB Biz Channel
    e) Laporan Harian
    f) Jurnal
    g) Kutipan
    h) Laporan Penyata Kewangan
    i) OBM Payroll
    j) Penyata Penyesuaian

    4. Pengurusan Akaun Hasil
    a) Kutipan / Terimaan
    - e-sewa
    - e-sewabeli
    - 1 speks
    b) Buku Tunai
    c) Penyata Pemungut
    d) Deposit
    e) Baucar Bayaran
    f) Buku Daftar Resit
    g) Jurnal
    h) Penyata Pemungut

    5. Pengurusan Akaun Amanah
    a) Akaun Program Perumahan Negeri Perak
    b) Akaun Amanah Hartanah Bumiputera
    c) Akaun Amanah Pulau Pangkor
    d) Kutipan dan Terimaan
    e) Minit Bebas Kelulusan Bayaran
    f) Penyata Pemungut

    6. Aset

    7. Pengurusan Kemudahan dan Fasiliti

    8. Urusan di Bank

    9. Pengurusan Simpanan Tetap

    10. Lain-lain tugas yang diarahkan

  • PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN

    1. Memberi pandangan dan maklumat perundangan berhubung cadangan projek perumahan oleh LPHP.

    2. Menyemak dan menguruskan kes-kes yang dirujuk oleh LPHP untuk dibicarakan di Mahkamah dan menguruskan kes tindakan mahkamah yang diambil terhadap LPHP.

    3. Menderaf, menyemak dan menyediakan dokumen, perjanjian atau memorandum persefahaman antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dengan pihak lain.

    4. Memberi ulasan dan khidmat teknikal perundangan berhubung dengan tindakan penguatkuasaan terhadap penyewa dan penyewabeli yang melanggar syarat perjanjian.

    5. Penyelarasan tindakan penguatkuasaan.

    6. Memberi pandangan dan maklumat perundangan berhubung projek pembangunan oleh LPHP

    7. Bertanggungjawab dalam permohonan pewartaan bagi pihak LPHP

    8. Penyelarasan penguatkuasaan tuntutan pemilikan semula premis dan tunggakan sewa melalui tindakan mahkamah

    9. Penyelarasan penjualan dan pindahmilik rumah-rumah yang dibina di atas tanah milik LPHP.

    10.Penyelarasan pembelian aset tidak alih oleh LPHP.

    11.Menyelaras, mengurus dan menguatkuasakan Dasar Kebenaran Pindahmilik Perumahan Kos Rendah bagi Negeri Perak.

    12.Menyelaras bidang kuasa dan punca kuasa LPHP dengan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak 2016, Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dan minit-minit mesyuarat lain.

  • DASAR DAN KAWALAN

    Sedang Dikemaskini

  • PENAWARAN DAN PEMASARAN

    1. Urusetia Jawatankuasa Perumahan Negeri Perak
    2. Pendaftaran & Pemantauan Pemaju
    3. Data Perumahan Negeri Taskforce Data Perumahan Negeri
    4. Kawalan Projek Perumahan Swasta
    5. Pemudahcaraan Projek Perumahan & Projek Khas Kerajaan Negeri/Persekutuan.
    6. Aduan Projek Perumahan Swasta

  • OPERASI DAN PERUMAHAN

    1. UNIT KEJURUTERAAN DAN TEKNIKAL
    a) Menyedia justifikasi dan perincian kerja-kerja penyelenggaraan.
    b) Memantau dan menyelia aspek bangunan, mekanikal dan elektrik pembinaan projek.
    c) Menyelesai aduan kerosakan.
    d) Menyelia dan memberi nasihat bagi kerja-kerja teknikal.
    e) Mengawal dan mengaplikasi peraturan terkini dalam aspek teknikal

    2. UNIT KONSULTASI & KESEJAHTERAAN PENDUDUK
    a) Urusan temuduga dan penjualan PPR
    b) Menjalankan siasatan dan operasi tindakan bagi menuntut tunggakan sewabeli dan sewa.
    c) Menjalankan Sesi Konsultasi dengan penyewabeli.
    d) Program kesejahteraan penduduk & bandar.
    e) Pelarasan persatuan penduduk.

    3. UNIT PENGURUSAN PPR
    a) Mengurus peyewaan perumahan termasuk urusan berkaitan:
    i) Urusan pemilihan penyewa / pembeli Rumah Amanjaya.
    ii) Mengadakan kutipan luar.
    iii) Mengemaskini rekod individu penyewa bagi bayaran dan tunggakan sewa.
    iv) Menjalankan Naziran ke daerah-daerah untuk mengemaskini lejer PPR sewabeli.
    v) Mengurus tawaran sekaligus dan tawaran semula.

  • PROJEK DAN HARTANAH

    1. Perancangan dan pelaksanaan Projek Perumahan Kerajaan
    Negeri/Persekutuan - Rumah Perakku, PERWIRA, PPR & PPN

    2. Proses Pemberimilikan Tanah, Pengambilan Balik Tanah dan Penukaran Syarat Zoning

    3. Usahasama projek LPHP

    4. Urusetia Mesyuarat Pemantauan & Teknikal Projek Perumahan Kerajaan Negeri/Persekutuan

    5. Mesyuarat Tapak & Isu Teknikal

    6. Urusan Proses Pembangunan Projek Perumahan Kerajaan
    Negeri/Persekutuan

    7. Perolehan Projek (Tender / Sebut Harga / Pemilihan Pemaju)

    8. Urusetia J/Kuasa Khas Projek Kerajaan Negeri (JPPP)

    9. Perancangan & Pengurusan Bajet Pembangunan Perumahan

    10. Penyelarasan Pembangunan Perumahan Agensi Kerajaan & GLC

Read more …Fungsi Organisasi

  • Hits: 6120

Visi Dan Misi

  • Visi

    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak sebagai peneraju pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak yang holistik
  • Misi

    Mentransformasikan perumahan dan hartanah merangkumi pembangunan fizikal dan sosio ekonomi rakyat Negeri Perak

Objektif

  • Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak sebagai peneraju pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak yang holistik
  • Menyelaras memudah cara dan mengawal selia urusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri
  • Menyediakan perumahan dan sistem agihan pemilikan rumah atau hartanah mampu milik berkesan
  • Menjadi pusat rujukan utama maklumat perumahan dan hartanah negeri
  • Menjana kehidupan masyarakat sejahtera dan berkualiti

Peranan LPHP

  • Untuk menggalak, memudah cara, menyelaras, mengurus, mengawal selia dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Memastikan bahawa Enakmen ini ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi.
  • Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar, cara dan strategi yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah.
  • Melaksana dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Pihak Berkuasa Negeri.
  • Memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah secara amnya dan pemajuan perumahan awam dan rumah mampu milik secara khasnya.
  • Menjalankan peranan sebagai badan penyelaras utama antara agensi Kerajaan dan swasta untuk membolehkan kemajuan dan pelaksanaan pemajuan perumahan dan hartanah secara pesat.
  • Membangun, menerima pakai dan melaksanakan dasar, panduan, piawai, cara dan tatacara mengenai pemajuan, pengurusan dan peruntukan perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Merancang, membangun, mempromosi, melaksana dan menggalakkan pemajuan, pelaksanaan penyewaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah secara amnya dan secara khususnya bagi perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyelenggaraan kawasan perumahan awam termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan tersebut.
  • Menggalak, menyelaras dan melaksanakan kajian dan pemajuan di dalam semua aspek perumahan dan hartanah dan secara khusus mengenai perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Menyediakan maklumat dan menjadi pusat sumber rujukan berkenaan perumahan dan hartanah di Negeri kepada industri perumahan dan hartanah.
  • Menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi, atau berhubungan dengan penjalanan dan pentadbiran Lembaga bagi maksud Enakmen ini.

Read more …Visi Dan Misi

  • Hits: 5862

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP). Sebagai agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab di dalam mengawal selia, menggalak, menyelaras, memudah cara dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah di Negeri Perak khususnya perumahan awam dan rumah mampu milik. Adalah diharap laman sesawang ini menjadi salah satu saluran penyebaran maklumat dan sumber rujukan penting kepada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam.

Semoga dengan maklumat-maklumat yang tersedia di laman sesawang ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai yang berurusan dengan LPHP. Di samping itu, laman sesawang ini juga berfungsi sebagai medium untuk mempromosi dan memberi publisiti kepada program-program yang dilaksanakan oleh LPHP khususnya yang berkaitan dengan pembangunan Rumah PerakKu dan rumah mampu milik.

Sesuai dengan aspirasi kerajaan untuk menaik taraf kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, sebarang pandangan dan cadangan membina daripada pengunjung laman web ini amatlah dialu-alukan.

Salam hormat daripada saya dan selamat melayari laman sesawang LPHP.

YBrs. Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan P.M.P.

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

Read more …Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

  • Hits: 437

Ahli Lembaga Pengarah

YAB Dato’ Seri Haji Saarani Bin Mohamad

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Pengerusi LPHP

YB Sandrea Ng Shy Ching

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Timbalan Pengerusi LPHP
  • YB Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim

    Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

  • YB Dato’ Azmir Shah Bin Zainal Abidin

    Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Darul Ridzuan

  • YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud

    Datuk Bandar Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh

  • YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin

    Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan

  • YBhg. Dato’ Haji Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip

    Pengarah Tanah dan Galian Perak

  • Encik Abu Bakar Bin Haji Jambol

    Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia

  • YBrs Puan Mufidah Binti Mahfodz

    Pegawai Daerah dan Tanah Hilir Perak

  • YBhg. Dato' Jayaselan A/L K.Navaratnam

    Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Ir. Encik Loh Ban Ho

    Pengerusi, Persatuan Pemaju Hartanah & Perumahan (REHDA) Perak

Read more …Ahli Lembaga Pengarah

  • Hits: 8736

Halaman Utama

  • SELAMAT HARI RAYA

  • SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN

  • menuju ke arah destinasi digital

    WAKTU OPERASI BULAN RAMADAN 2025

  • POSTER SELAMAT BERPUASA 2025

  • PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

  • PEMBANTU EKSEKUTIF N19

  • Copy Of Website

  • Whats App Image 2024 11 06 At 14 11 10

  • BANNER WEB 1

  • Isi Rumah Perakku 2023

  • PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK 2023 PINDAAN 24

Informasi Terkini

Berita & Sorotan

  • SESI TANDATANGAN PERJANJIAN TAWARAN SAMBUNG SEWA DI PPR PANGSAPURI KAMUNTING LESTARI, TAIPING

    19 APRIL 2025

    Seterusnya

  • BUMBUNG ROSAK AKIBAT RIBUT DI PPR PANGSAPURI SIMPANG PERDANA, TAIPING

    18 APRIL 2025

    Seterusnya

  • KURSUS MICROSOFT EXCEL (INTERMEDIATE TO ADVANCE)

    14 APRIL 2025

    Seterusnya

  • YB MENTERI KPKT RASMI 5 UNIT LIF BARU DI PPR PANGSAPURI SERI KEPAYANG

    13 APRIL 2025

    Seterusnya

  • PENYELENGGARAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

    13 APRIL 2025

    Seterusnya

  • PENYELENGGARAAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

    13 APRIL 2025

    Seterusnya

  • KEPUTUSAN PENGUNDIAN RUMAH PERAKKU II PROJEK TAMAN TASEK ARDEA DAERAH KINTA

    7 MAC 2025

    Seterusnya

  • LAWATAN TAPAK SERTA MESYUARAT PEMBANGUNAN PROJEK SIMPANG HALT, TAIPING

    28 FEBRUARI 2025

    Seterusnya

  • PROGRAM JERAYAWARA MENGENAI KESEDARAN AWAM PELAPORAN KREDIT 2025

    27 FEBRUARI 2025

    Seterusnya

  • LAWATAN TAPAK BAGI PEMBANGUNAN PPR TAMBUN DI DESA CHEMOR MEGAH

    18 FEBRUARI 2025

    Seterusnya

  • KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD

    18 FEBRUARI 2025

    Seterusnya

  • MESYUARAT PEMBENTANGAN DATA PERUMAHAN NEGERI PERAK DI BAWAH PELAKSANAAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI SERTA GLC NEGERI PERAK

    12 FEBRUARI 2025

    Seterusnya

Lagi Berita & Sorotan

Read more …Halaman Utama

  • Hits: 352601

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak