PROGRAM SEJAHTERA WARGA EMAS: KOMUNITI MESRA USIA

IPOH, 17 Disember 2024 (Selasa) - Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) telah bersama-sama menghadiri Program Sejahtera Warga Emas: Komuniti Mesra Usia yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak. Program ini merupakan sebuah program dibawah anjuran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Persatuan Profesional dan Rumah-Rumah Jagaan Social Malaysia (MASOC CARE).
 
Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan tempat tinggal bagi warga emas, termasuk mereka yang sihat tubuh badan serta yang memerlukan penjagaan khas. Ini adalah untuk memastikan warga emas turut dapat menikmati kehidupan yang selesa, aman dan selamat di tempat tinggal mereka. Justeru, dasar perumahan turut memainkan peranan dalam penyediaan perumahan yang mengambil kira kepentingan dan keperluan reka bentuk yang bersesuaian untuk warga emas.

  

 
  • Hits: 408

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENDUDUK SKIM SEWA PERAK SEJAHTERA (SSPS) RUMAH PANGSA JALAN SYED THAUPHY, BAGAN SERAI

BAGAN SERAI, 14 Disember 2024 - Telah diadakan sesi libat urus di antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Pejabat Daerah dan Tanah Kerian dan penduduk Rumah Pangsa Jalan Syed Thauphy, Bagan Serai (RPJST) di Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai.
 
Rumah Pangsa 3 tingkat yang mengandungi 41 unit rumah sebelum ini merupakan kuarters kerajaan yang diselia oleh PDT Kerian. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Perak mencadangkan agar LPHP mengambil alih kuarters ini bagi membolehkan pengisian dibuka kepada penghuni awam. Selepas beberapa siri perbincangan, pada 1 Januari 2025 pentadbiran kuarters tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada LPHP.
 
Kuarters tersebut telah dijenamakan semula dan diletakkan di dalam program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS). Penyewa sedia ada telah diberikan surat tawaran untuk terus menyewa dan pembukaan unit-unit kosong lain akan dimaklumkan kemudian setelah kerja-kerja pembaikan selesai.
 
Sesi ini dihadiri oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Puan Siti Zahirah binti Mohd Ismail, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), pegawai-pegawai LPHP dan PDT Kerian dan penduduk-penduduk RPJST.
 
Dalam sesi ini, penerangan berkenaan syarat-syarat penyewaan SSPS telah diberikan kepada penduduk dan LPHP juga telah mendengar dan menerima pandangan serta aduan daripada penduduk berkenaan keadaan kediaman tersebut.
 
LPHP berharap dengan adanya SSPS Rumah Pangsa Jalan Syed Thauphy ini, masyarat di Daerah Kerian dapat menikmati kediaman yang selesa dan sejahtera.

    

  • Hits: 373

MESYUARAT LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK BIL 3/2024

IPOH, 6 Disember 2024 - Mesyuarat LPHP Bil 3/2024 telah diadakan di Bangunan SUK Negeri Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan turut dihadiri oleh ahli Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang lain. Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan projek perumahan LPHP di samping mendapatkan kata sepakat daripada para ahli lembaga tentang isu-isu berbangkit.

 

  • Hits: 399

PROGRAM BERSAMA PENDUDUK PPR DAN PERASMIAN PROGRAM TUISYEN PERCUMA DI PPR SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 30 November 2024 - Satu program komuniti yang penuh dengan aktiviti menarik telah diadakan di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk PPR, selain memberi manfaat kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun.

 

Kehadiran penduduk dan peserta bermula seawal 7.30 pagi dan antara aktiviti yang bermula awal ialah zumba dan senam sihat.
 
Seiring dengan itu, pelbagai pertandingan sukan dan aktiviti menarik turut disediakan seperti pertandingan ping pong, sukaneka, dan permainan Supa Dupa khas untuk kanak-kanak. Selain itu, penduduk juga dapat memanfaatkan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan serta rawatan pergigian secara percuma. Pameran dan jualan produk tempatan turut diadakan untuk mempromosikan hasil usaha komuniti setempat, sementara kenderaan bersaji ('food truck') dan jualan Rahmah menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga yang berpatutan.
 
Yang Berhormat Puan Sandrea NG Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak hadir bagi merasmikan program ini dan Program Tuisyen Percuma bagi anak-anak PPR yang julung kali dianjurkan oleh LPHP sebagai salah satu program tanggungjawab sosial mereka. Program Tuisyen Percuma ini adalah usahasama LPHP dengan NGO Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping dengan kelas diadakan satu sesi setiap minggu. Seramai 20 orang anak-anak bermula darjah 2 hingga darjah 5 menghadiri kelas Bahasa Inggeris ini dan selepas hampir setahun program ini dilaksanakan, penguasaan dan prestasi anak-anak ini telah menampakkan impak positif.
 
YB Exco dalam ucapan perasmiannya turut menggalakkan kerjasama bersama NGO ini dapat diperluaskan lagi bagi memberi manfaat kepada penduduk PPR.
 
 
 
 
  • Hits: 468

JELAJAH HARI USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI PERAK 2024

SELAMA, 26 November 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024 bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama.

 

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP "PERAKKU" para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat2 berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di Negeri Perak.

 

 

 

 

  • Hits: 353

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS SUKA NEGERI PERAK DAN LEMBAGA PENGURUSAN SUMBER AIR PERAK

MERU, 14 November 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) dan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA) .

 

LPHP menyambut baik hasrat pihak MSN dan LPSA untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan proses penubuhan LPHP sebagai badan berkanun negeri pada peringkat awal.
 
LPHP merakamkan penghargaan kepada pihak MSN dan LPSA atas kesudian untuk hadir bagi sesi perkongsian dan perbincangan ini. Semoga dengan perbincangan ini dapat membantu MSN dan LPSA dalam membentuk Badan Berkanun Negeri dan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat.
 
 
 
 
  • Hits: 357

LAWATAN TEKNIKAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LPHP KE GALERI IBS DAN HOMES DI JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2022 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang diwakili oleh Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP telah menghadiri lawatan teknikal ke Galeri IBS Dan IBS Homes Di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

 

Sesi lawatan ini ke tapak projek yang melaksanakan sistem IBS ini bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan terhadap keberkesanan dalam perlaksanaan projek IBS serta dapat memberi nilai tambah dalam menguruskan projek-projek IBS di sekitar Negeri Perak khususnya.

 

 

  • Hits: 311

LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK KE PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober 2024 - Satu sesi lawatan penanda aras yang disertai oleh 10 orang pegawai LPHP telah diadakan ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
 
Lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi serta mendengar pengalaman daripada PMINT sebagai pihak yang dilantik oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebagai agensi pelaksana dalam Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai di Negeri Terengganu.
 
Disamping itu, LPHP turut mendengar perkongsian daripada pihak PMINT berkaitan tatacara pengurusan projek hartanah dibawah seliaan pihak Perbadanan. Lawatan penanda aras ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.
 
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian menerima kunjungan daripada LPHP dan berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
 
Unit Dasar dan Kawalan Perumahan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
 
 
 
 
  • Hits: 270

OUR ASHBY ROAD AT NIGHT

PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh yang turut dikenali sebagai Flat Ashby Road ini merupakan PPR tertua di bawah seliaan LPHP.
 
Mula diduduki sekitar tahun 1970 PPR ini sentiasa “full house” dengan kadar sewa serendah RM40 sehingga RM100 sebulan.
 
Walaupun kos penyelenggaraan dan pengurusan melebihi dari daripada kutipan sewa, LPHP sentiasa komited untuk menyediakan kawasan perumahan yang selesa.
 
Tahun depan Flat Ashby Road ini bakal berwajah baru selepas KPKT meluluskan peruntukan mengecat semula bangunan ini.
 
Terima kasih KPKT kerana sering membantu Kerajaan Negeri Perak dan LPHP dalam menyediakan perumahan awam yang selesa kepada rakyat.
 
 
  • Hits: 554

MAPEX 2024

IPOH, 4-6 Oktober 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah turut serta memeriahkan program Expo Hartanah Malaysia 2024 (MAPEX 2024) yang dianjurkan oleh REHDA Perak bertempat di Ipoh Parade, Ipoh Perak.
 
Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP "PERAKKU", para pengunjung juga turut mendapat maklumat-maklumat berkaitan rumah mampu milik yang dijual di sekitar negeri Perak. LPHP turut menyediakan kakitangan yang berdedikasi bagi membantu pengunjung yang mempunyai pelbagai persoalan bagi pendaftaran Rumah Perakku atau aduan berkaitan status permohonan.
 




  • Hits: 395

PROGRAM RUNDINGAN AWAL KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI STRUKTUR NEGERI (RSN) PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

IPOH, 1 Oktober 2024 - Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan CEO LPHP telah menyampaikan pembentangan dalam Sesi Program Rundingan Awal Kajian RSN Perak 2040 (Kajian Semula). Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah PLANMAlaysia Perak, TPr Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain di Impian Hotel, Ipoh. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dan hala tuju pembangunan di Negeri Perak menuju tahun 2040.  

 






 
  • Hits: 376

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak