LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR KE PPR RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL, IPOH

3 Julai 2024, Ipoh – Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menerima kunjungan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Delegasi DBKL seramai 30 orang diketuai oleh Tuan Zulkifli, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL dan disambut oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.

Dalam sesi lawatan tersebut, LPHP telah berkongsi kaedah pengurusan kontrak pembersihan yang dilaksanakan oleh LPHP dalam menguruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri Perak. Delegasi DBKL dibawa melawat ke kawasan Rumah Pangsa Jalan Hospital dan Pusat Komuniti Sifar Sisa (KOSIS). Pihak DBKL juga sempat berkongsi kaedah pengurusan kontrak pembersihan yang dipraktikkan di PPR yang diselia DBKL.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Encik Ahmad Ibnu Sina bin Termizi, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, pegawai-pegawai Eksekutif LPHP, dan pegawai-pegawai DBKL.

Semoga perkongsian dua hala ini dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan PPR di kedua-dua negeri dan objektif Program Perumahan Rakyat dapat dilaksanakan dengan sempurna.
    
  • Hits: 1835

PROGRAM WACANA PERAK SEJAHTERA 2030 BERTEMPAT DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI).

26 Jun 2024 (Rabu) Unit Penawaran & Pemasaran (Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak) berkerjasama dengan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM PERAK) telah menjayakan Program Wacana Perak Sejahtera 2030 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pihak LPHP telah menyampaikan taklimat berkaitan Lembaga Perumahan dan hartanah perak serta tatacara permohonan rumah Perakku. Taklimat ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Menengah yang berdekatan UPSI.

Semoga program ini dapat impak yang baik pada semua yang hadir.

Jom Daftar Rumah Perakku.











  • Hits: 2038

TAKLIMAT DAN PENYERAHAN KUNCI KEPADA PENYEWA BARU PPR TAMAN DESA CEMPAKA PENGKALAN HULU

21 Jun 2024 - Tawaran kepada penyewa baru bagi PPR Taman Desa Cempaka Pengkalan Hulu telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu pagi ini.
Tawaran baru dan taklimat telah diberikan kepada 4 penyewa baru dan pentadbiran ini berharap agar kemudahan yang disediakan ini dapat membantu penyewa mempunyai kediaman yang selesa.







  • Hits: 1948

BANCIAN DAN PENGHANTARAN NOTIS TUNGGAKAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DAN RANCANGAN PERUMAHAN AWAM (RPA)

Pada 21-22 Jun 2024, Pasukan Task Force Tunggakan LPHP telah mengadakan bancian dan sesi konsultasi bersemuka dengan penyewa dan penyewa beli di PPR Taman Desa Cempaka Pengkalan Hulu, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Lasah, RPA Gerik III, RPA Klian Intan II, dan SPKA Jong, Gerik.

Bancian dilaksanakan bagi mengenalpasti penyewa berdaftar menduduki rumah sewa tersebut dan tidak menyewakan kepada penama lain dan pada masa yang sama konsultasi diberikan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa agar membayar sewa mengikut masa yang ditetapkan. Bancian berkala ini dilaksanakan agar golongan sasar yang telah diberikan kemudahan sewa serendah RM100 sebulan ini tidak menyalahgunakan peluang yang diberikan dengan membuat sewaan kepada penama lain. LPHP juga mengenalpasti terdapat penyewa yang membina parkir berbumbung di atas lot parkir gunasama. Perbuatan ‘cop parking’ ini seharusnya tidak berlaku di kawasan PPR dan amaran awal telah diberikan kepada penyewa-penyewa tersebut.

Pasukan ini juga telah bergerak ke beberapa RPA di sekitar Daerah Hulu Perak bagi konsultasi tunggakan sewa beli yang ada diantaranya berjumlah hampir RM40,000 bagi sebuah rumah dimana mengikut kiraan tunggakan tersebut telah berlaku lebih dari 20 tahun. Di dalam sesi ini, penyewa beli dimaklumkan berkenaan kaedah bayaran yang boleh dibuat dan risiko penarikan balik kemudahan sewabeli sekiranya tindakan selanjutnya diambil. Kerajaan Negeri Perak melalui LPHP sentiasa bersedia untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah walaubagaimanapun penama-penama yang telah ditawarkan skim RPA tersebut haruslah memberi kerjasama dan bertanggungjawab untuk membayar sewa dan sewa beli bulanan.










  • Hits: 1861

MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN PENYENGGARAAN PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2024

 
Ipoh - 15 Jun 2024, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir ke lawatan rasmi di Program Perumahan Rakyat (PPR) Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh. Dalam lawatan tersebut, YB Nga Kor Ming melihat keadaan cat dan bangunan rumah pangsa tersebut yang mula diduduki secara sewa pada tahun 1971. PPR ini mempunyai 580 unit rumah dan dibina secara 2 fasa. Fasa pertama siap dibina dan diduduki pada tahun 1971 manakala fasa kedua pada tahun 1982.

Dalam lawatan ini, YB Nga Kor Ming 倪可敏 menyerahkan kelulusan peruntukan Penyenggaraan Perumahan di bawah KPKT Malaysia kepada Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2024 berjumlah RM10.8 juta yang melibatkan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), peruntukan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) dan peruntukan Lif Madani 2024. Simbolik penyerahan tersebut diterima oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.
YB Nga Kor Ming juga telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Projek Mengecat dan Mengganti Susur Tangan di Rumah Pangsa Jalan Hospital Ipoh berjumlah RM500,000.00. Penerimaan peruntukan tersebut diterima oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.

Turut hadir di dalam lawatan ini ialah Dato’ N. Jayaselan, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh, Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP danDr. Kamarul Liza binti Hashim, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.








  • Hits: 2078

MAJLIS PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUN KEDUA PERAK SEJAHTERA 2030 DAN PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2024 SIRI 4

MANJUNG, 10 JUN 2024- Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ke-2 Perak Sejahtera 2030 dan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 4 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak turut serta mengadakan pameran. Pameran ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang pencapaian, program dan projek yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak berkaitan agenda Perak Sejahtera 2030.

Pihak LPHP juga membuka kaunter bayaran sewa, sewa beli Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Sewa Beli di bawah seliaan LPHP. Kaunter permohonan rumah Perakku juga turut dibuka bagi memudahkan pemohon untuk membuat permohonan. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.





  • Hits: 1937

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DAN SESI BERTEMU PELANGGAN DI PPR RUMAH PANGSA SERI GEMILANG TAPAH

Sabtu, 8 Jun 2024 - LPHP mengadakan sesi bertemu pelanggan dengan penduduk PPR Rumah Pangsa Taman Seri Gemilang, Tapah dan penduduk PPR Rumah Pangsa Taman Seri Bidor, Bidor. Dalam sesi ini, penduduk berpeluang untuk mengemaskini data penyewa, pencerahan berkenaan syarat-syarat penyewaan, permohonan sambung sewa dan lain-lain urusan berkenaan sewaan PPR. Disamping itu, penyewa juga berpeluang untuk membuat bayaran sewaan PPR.

Selain itu, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang turut mengadakan taklimat berkenaan kesihatan pergigian, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pemeriksaan gigi percuma kepada penduduk-penduduk PPR yang hadir.
  • Hits: 2317

MESYUARAT AGUNG TAHUN 2024 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK

7 Jun 2024 (Jumaat), Kelab Sukan dan Kebajikan LPHP telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahun 2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LPHP Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, merangkap Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan LPHP menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada warga LPHP atas sumbangan menjayakan pelbagai aktiviti kelab. Turut menyampaikan ucapan Encik Shamsul Ridzuan bin Ahmad Rozali, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan LPHP sesi 2022-2024 berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli kelab sepanjang program dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif , Puan Zaiteena Binti Wan Nasir atas pelantikan sebagai Pengerusi Kelab yang baharu bagi penggal 2024-2026 serta Ahli Jawatankuasa yang dilantik dan diharap tanggungjawab ini dapat digalas dengan penuh dedikasi dalam menerajui Kelab Sukan dan Kebajikan LPHP.

  • Hits: 2409

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak