LAWATAN BAGI SIASATAN MENDAPAN DAN KEMASAN BANGUNAN YANG RETAK DI PPR TAMAN TOH JABIT, PARIT BUNTAR BERSAMA JKR DAERAH KERIAN
PARIT BUNTAR, 1 Oktober 2024 - LPHP dengan bantuan JKR Daerah Kerian telah mengadakan lawatan bagi menyiasat status dan kaedah pembaikan yang diperlukan bagi merawat mendapan dan retakan pada bahagian bangunan rumah PPR Taman Toh Jabit, Parit Buntar.
Berdasarkan siasatan, struktur bangunan tersebut dalam keadaan selamat dan mendapan yang berlaku hanya melibatkan kawasan kaki lima dan beberapa bahagian dinding bangunan. Kaedah pembaikan yang sesuai akan disyorkan bagi memastikan keadaan bangunan PPR tersebut dalam keadaan selamat dan selesa untuk didiami.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ir. Amisah binti Ahwang, Jurutera Daerah JKR Kerian, Encik Muhammad Faiz bin Abdul Latiff, Pegawai Eksekutif (Operasi dan Perumahan) LPHP serta pegawai-pegawai teknikal JKR dan LPHP.
- Hits: 11