HARI CUCI MALAYSIA: PEMBERSIHAN MEGA BERSEPADU DI SELURUH NEGARA

IPOH, 28 September 2024 - Buat julung kalinya, Hari Cuci Malaysia, iaitu Program Pembersihan Mega anjuran KPKT, diadakan pada 28 September di seluruh negara.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menyambut baik program ini dan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong pada 27 September untuk membersihkan kawasan persekitaran pejabat. Semua kakitangan telah meyumbangkan tenaga dan memberikan komitmen bagi memastikan kebersihan kawasan pejabat demi keselesaan bersama.

Pihak LPHP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menyambut Hari Cuci Malaysia ini. Semoga semangat kerjasama ini terus kekal.











    
  • Hits: 30

MOH KENAL RUMAH PERAKKU

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) berkerjasama dengan Dewan Belia Negeri Perak bagi program MOH KENAL RUMAH PERAKKU yang berlangsung di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 25 September 2024 (Rabu) di dewan USAS, dengan kehadiran kakitangan dan para pelajar anak negeri Perak seramai 400 orang peserta.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para kakitangan dan pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah-rumah yang di jual di negeri Perak dan juga sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan RUMAH PERAKKU.

Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah dan Dewan Belia negeri Perak yang menjemput pihak LPHP bersama-sama bagi program "Moh Kenal Rumah Perakku".
Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua yang hadir.












  • Hits: 39

ADUAN BERKENAAN POKOK TUMBANG

Untuk makluman, pihak LPHP telah menerima aduan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital Ipoh (RPJH) berkaitan dahan pokok yang patah akibat angin kuat.

LPHP akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dahan patah dalam kadar segera dan dipohon semua penduduk untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.










  • Hits: 28

OPEN DAY PUO 2024

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena "PUO Open Day 2024" pada 23 September 2024 bertempat di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar Ipoh dengan kehadiran pelajar yang terdiri dari anak2 Perak seramai 200 orang.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah-rumah mampu milik yang di jual di negeri Perak dan juga sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan Rumah Perakku negeri Perak.

Terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Strategik negeri Perak (Stratcomm) menjemput LPHP bersama-sama dalam majlis Wancana Perak Sejahtera 2030. Semoga program ini mendapat sambutan yang baik kepada semua yang hadir.
  • Hits: 31

BENGKEL DASAR PERUMAHAN NEGERI PERAK 2.0

Pada 12 hingga 14 September 2024, telah berlangsung Bengkel Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang telah diadakan di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.

Bengkel tersebut melibatkan YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak, PLANMalaysia@Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta, Institut Darul Ridzuan (IDR), CIDB, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan REHDA Negeri Perak.

Sesi perkongsian dan pembentangan oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan REHDA Negeri Perak turut diadakan semasa bengkel ini diadakan.

Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan kepada Dasar Perumahan Negeri Perak sedia ada dengan memberi fokus kepada tiga (3) bidang tumpuan atau 3A iaitu Affordability - Kemampuan, Accesibility - Kebolehcapaian dan Availability- Ketersediaan. 








  • Hits: 31

KARNIVAL MESRA ANAK MUDA (KAMU) 2024

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) selama 3 hari bermula pada 6 - 8 September 2024 bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat2 berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak.




  

  • Hits: 28

PROGRAM WACANA PERAK SEJAHTERA 2030 BERTEMPAT DI GIATMARA TAMBUN IPOH PERAK

6 Ogos 2024 (Selasa) Unit Penawaran & Pemasaran Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) berkerjasama dengan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM) telah menjayakan Program Wacana Perak Sejahtera 2030 bertempat di GIATMARA TAMBUN Ipoh Perak.

Pihak LPHP telah menyampaikan taklimat berkaitan Lembaga Perumahan dan hartanah Perak serta tatacara permohonan rumah Perakku.
Program ini turut dihadiri oleh Pensyarah-pensyarah, kakitangan dan para pelajar anak-anak Perak keseluruhan seramai 150 peserta.

Terima kasih kepada Tuan Pengarah GIATMARA Negeri Perak (En Zakaria Bin Ismail ) kerana memberi ruang dan peluang kepada pihak LPHP bersama-sama dalam satu program dan tidak lupa juga kepada pihak STRATCOMM.

Semoga program ini dapat impak yang baik pada semua yang hadir.

Jom Daftar Rumah Perakku.

  • Hits: 730

SESI KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI EKSEKUTIF LPHP KE ATAS TUAN PENGARAH SPRM NEGERI PERAK

IPOH,31 Julai 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif LPHP , Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Zaiteena Binti Wan Nasir telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Pengarah SPRM Negeri Perak, TPj Ahmad Sabri Bin Mohamed bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak (SPRM) , Meru Ipoh.

Kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi meningkatkan tadbir urus kawalan dalaman dan tahap integriti warga LPHP . Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan LPHP dan SPRM untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan.

Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

 

  • Hits: 745

PROGRAM WACANA PERAK SEJAHTERA 2030 BERTEMPAT DI KOLEJ POLYTEC MARA (KPTM) MERU RAYA, IPOH PERAK.

Bertarikh 25 Julai 2024 (Khamis) Unit Penawaran & Pemasaran (Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak) berkerjasama dengan Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM) telah menjayakan Program Wacana Perak Sejahtera 2030 bertempat di Kolej Polytec Mara (KPTM) Meru Raya, Ipoh Perak.

Pihak LPHP telah menyampaikan taklimat berkaitan Lembaga Perumahan dan hartanah Perak serta tatacara permohonan rumah Perakku.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Pensyarah-pensyarah, Kakitangan dan para pelajar anak-anak Perak seramai 300 peserta.

Terima kasih kepada Pengarah KPTM (Pn Noor Laili Binti Abdullah) kerana memberi peluang dan ruang kepada pihak LPHP bersama-sama dalam satu program dan tidak lupa juga kepada pihak STRATCOMM.

Semoga program ini dapat impak yang baik pada semua yang hadir.

Jom Daftar Rumah Perakku.



  • Hits: 725

KERJA-KERJA PENGGANTIAN 5 UNIT LIF DI PPR PANGSAPURI SERI KEPAYANG, IPOH

IPOH, 12 Julai 2024- Kerja-kerja Penggantian 5 unit Lif di PPR Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh

Untuk makluman penduduk PPR Pangsapuri Seri Kepayang Ipoh, kerja-kerja penggantian lif sedang dilaksanakan dan kerja-kerja dijalankan dalam 2 fasa iaitu 3 lif pada fasa pertama dan baki 2 lif pada fasa kedua. 3 unit lif telah dibuka sepenuhnya dan kini hanya 2 unit lif yang beroperasi.

Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari 2025.

Pentadbiran ini memohon maaf atas segala kesulitan sepanjang kerja-kerja ini berlangsung.

Terima kasih KPKT Malaysia atas kelulusan peruntukan ini demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan penduduk PPR.



 
    
  • Hits: 732

MAJLIS PERTUKARAN MoU DI ANTARA LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK (LPHP) DAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN) BERHUBUNG KERJASAMA PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN BERMASALAH DAN TERBENGKALAI DI NEGERI PERAK

IPOH - 10 Julai 2024, Satu Majlis Pertukaran MoU di antara LPHP dan JPN telah diadakan bertempat di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato' Jayaselan A/L K. Navaratnam, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara dan YBrs. Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP. Pertukaran MoU ini telah disaksikan oleh YAB Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

MoU ini merupakan satu kerjasama yang julung kali diadakan antara LPHP dan KPKT dimana ianya merupakan satu kolaborasi yang bertepatan dengan tanggungjawab dan peranan kedua-dua agensi dalam memantau pembangunan perumahan khususnya yang bermasalah dan terbengkalai di Negeri Perak seterusnya membela kepentingan pembeli rumah yang terkesan.

Kerjasama antara LPHP dan JPN ini juga bersetuju untuk melaksanakan usaha-usaha melibatkan pengumpulan data dan maklumat teknikal bagi projek perumahan sakit dan terbengkalai di Negeri Perak. Selain itu, LPHP dan JPN juga berusaha untuk memantau kemajuan proses pemulihan projek-projek perumahan sakit dan terbengkalai agar projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dipersetujui seterusnya diserahkan kepada pembeli.
Di peringkat Kerajaan Negeri, LPHP dapat memainkan peranan secara lebih signifikan dalam membantu KPKT memudahcara dan memulihkan projek terbengkalai dengan mengadakan perbincangan awal dan mesyuarat teknikal secara berjadual bagi membincangkan serta mendapat kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai tersebut.

Pihak LPHP telah mengambil langkah proaktif dalam mengumpul data dan maklumat teknikal, menyelaras serta memudahcara proses menyelesaikan projek sakit dan pemulihan projek terbengkalai. Melalui mesyuarat teknikal yang telah diadakan ini, beberapa langkah positif telah dicapai oleh LPHP termasuklah keputusan untuk menyambung semula projek yang terbengkalai dengan syarat yang minima serta kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

Untuk makluman, terdapat lima (5) projek yang telah diisytiharkan sebagai projek terbengkalai di Negeri Perak oleh KPKT. Projek tersebut melibatkan D’Aman Residensi Meru Raya, Ipoh, Taman Tapah Permai, Tapah, Taman Cempaka II, Manjung, Taman Seri Emas, Kampar dan Taman Limau Mas, Beruas yang melibatkan sebanyak 1,375 unit rumah.
Manakala sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 59 projek perumahan swasta iaitu 4,523 unit rumah telah dikategorikan sebagai projek perumahan swasta sakit di negeri Perak.




  • Hits: 1668

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak