MAJLIS PERTUKARAN MoU DI ANTARA LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK (LPHP) DAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN) BERHUBUNG KERJASAMA PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN BERMASALAH DAN TERBENGKALAI DI NEGERI PERAK

IPOH - 10 Julai 2024, Satu Majlis Pertukaran MoU di antara LPHP dan JPN telah diadakan bertempat di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato' Jayaselan A/L K. Navaratnam, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara dan YBrs. Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP. Pertukaran MoU ini telah disaksikan oleh YAB Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

MoU ini merupakan satu kerjasama yang julung kali diadakan antara LPHP dan KPKT dimana ianya merupakan satu kolaborasi yang bertepatan dengan tanggungjawab dan peranan kedua-dua agensi dalam memantau pembangunan perumahan khususnya yang bermasalah dan terbengkalai di Negeri Perak seterusnya membela kepentingan pembeli rumah yang terkesan.

Kerjasama antara LPHP dan JPN ini juga bersetuju untuk melaksanakan usaha-usaha melibatkan pengumpulan data dan maklumat teknikal bagi projek perumahan sakit dan terbengkalai di Negeri Perak. Selain itu, LPHP dan JPN juga berusaha untuk memantau kemajuan proses pemulihan projek-projek perumahan sakit dan terbengkalai agar projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dipersetujui seterusnya diserahkan kepada pembeli.
Di peringkat Kerajaan Negeri, LPHP dapat memainkan peranan secara lebih signifikan dalam membantu KPKT memudahcara dan memulihkan projek terbengkalai dengan mengadakan perbincangan awal dan mesyuarat teknikal secara berjadual bagi membincangkan serta mendapat kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai tersebut.

Pihak LPHP telah mengambil langkah proaktif dalam mengumpul data dan maklumat teknikal, menyelaras serta memudahcara proses menyelesaikan projek sakit dan pemulihan projek terbengkalai. Melalui mesyuarat teknikal yang telah diadakan ini, beberapa langkah positif telah dicapai oleh LPHP termasuklah keputusan untuk menyambung semula projek yang terbengkalai dengan syarat yang minima serta kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

Untuk makluman, terdapat lima (5) projek yang telah diisytiharkan sebagai projek terbengkalai di Negeri Perak oleh KPKT. Projek tersebut melibatkan D’Aman Residensi Meru Raya, Ipoh, Taman Tapah Permai, Tapah, Taman Cempaka II, Manjung, Taman Seri Emas, Kampar dan Taman Limau Mas, Beruas yang melibatkan sebanyak 1,375 unit rumah.
Manakala sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 59 projek perumahan swasta iaitu 4,523 unit rumah telah dikategorikan sebagai projek perumahan swasta sakit di negeri Perak.




  • Hits: 1669

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak