MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERBADANAN PENGURUSAN PANGSAPURI DAMAI (PPPD), TELUK DALAM, PULAU PANGKOR

Mesyuarat Agung Tahunan PPPD Teluk Dalam Pulau Pangkor telah diadakan pada 5 Mac 2024 di Hotel Seri Malaysia Ipoh. LPHP hadir sebagai pemilik kepada 30 unit rumah daripada 110 unit rumah di perumahan tersebut. 30 unit milik LPHP itu kini telah ditawarkan secara sewa beli kepada golongan yang layak dengan tempoh sewa beli selama 25 tahun. LPHP telah diwakili oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.

LPHP berharap Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini terus memainkan peranannya dalam menguruskan perumahan berstrata ini dan pengurusan JMB yang berkesan ini boleh diwujudkan di perumahan-perumahan awam di Negei Perak.





  • Hits: 2072

BENGKEL PEROLEHAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK

21 & 22 Februari 2024- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Bengkel Tatacara Perolehan. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli jawatankuasa berkenaan tatacara perolehan sebut harga secara teori dan praktikal. Di samping itu juga, bengkel ini menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, pendapat dan pengalaman.


   







  • Hits: 1958

MESYUARAT PENYELARASAN PENETAPAN SASARAN PERUMAHAN SEJAHTERA DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PERAK SEJAHTERA 2030

23 Feb 2024 - LPHP telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan penetapan sasaran Perumahan Sejahtera di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.
Objektif mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan, cadangan serta input setiap agensi pelaksana Rumah Mampu Milik di Negeri Perak bagi merealisasikan Program Flagship Perumahan Sejahtera. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada PKNPk, SSI, MB Inc, PCB, Yayasan Perak, MAIPk, Maju Perak, Unit Pengurusan Fasiliti MBI, PR1MA, FELCRA, FELDA, JPN, UPEN & IDR.







  • Hits: 1987

PERTANDINGAN PAINTBALL ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK

SABTU, 17.02.2024- Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak telah menganjurkan pertandingan paintball diantara ahli kelab Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak - LPHP. Pertandingan ini berlangsung di Seri Iskandar.Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama di antara pasukan dan kemahiran merancang sesama pasukan dalam menyusun strategi permainan.

Tahniah diucapakan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.




  • Hits: 2102

TAKLIMAT DARIPADA PERKESO BERKENAAN AKTA & TUNTUTAN

JUMAAT, 16 FEBRUARI 2024- Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dengan berbesar hati telah menjemput pihak PERKESO Negeri Perak untuk memberikan taklimat mengenai akta dan tuntutan PERKESO.
Ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Puan Zaiteena Binti Wan Nasir.
Ceramah dimulakan dengan sesi taklimat dari Puan Nadzirah binti Mohd Sarqawi, Pegawai Eksekutif Perkeso Negeri Perak mengenai faedah-faedah Perkeso termasuk Skim Sosial Keselamatan Suri Rumah. Turut hadir bersama Encik Mohamad Yunus bin Zainal Pozie selaku Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Perak.
Ceramah diteruskan dengan sesi soal jawab bersama penceramah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PERKESO Negeri Perak kerana sudi sampikan taklimat dan kongsi ilmu kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.


   

  • Hits: 2179

GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN PARKIR PEJABAT LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK MERU

Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi menjaga kebersihan kawasan parkir LPHP Meru. Kesemua kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak terlibat dalam pembersihan ini.

Turut serta, Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dan Puan Zaiteena Binti Wan Nasir selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.









  • Hits: 2193

LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK TAHUN 2024

01.02.2024- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dengan sukacitanya berbesar hati menerima kedatangan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang ke pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi sesi maklumat berkenaan kaedah dan tatacara pengoperasian dari segi pengurusan projek-projek perumahan di negeri Perak dan Pulau Pinang. Lawatan ini juga memfokuskan perkongsian mengenai maklumat berkaitan garis panduan yang digunapakai untuk tujuan operasi penguatkuasaan di skim perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Perumahan Awam Kerajaan Negeri.
Semoga kunjungan lawatan ini akan menjalinkan kerjasama serta hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.
















  • Hits: 2061

MESYUARAT PRA RUNDINGAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN D'AMAN RESIDENCE

17 Jan 2023 - LPHP telah mengadakan satu mesyuarat pra rundingan bagi projek pembangunan D'Aman Residences. Intipati daripada perbincangan tersebut adalah untuk mendapat maklumbalas dan mengenalpasti isu-isu teknikal daripada agensi teknikal yang berkepentingan. Mesyuarat pra rundingan ini dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perancangan MBI, Jabatan Bangunan MBI, Jabatan Kejuruteraan MBI, wakil Lembaga Air Perak (LAP) , wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB), wakil Indah Water (IWK) Konsortium dan wakil Bomba.








  • Hits: 2176

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak