LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK TAHUN 2024
01.02.2024- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dengan sukacitanya berbesar hati menerima kedatangan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang ke pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi sesi maklumat berkenaan kaedah dan tatacara pengoperasian dari segi pengurusan projek-projek perumahan di negeri Perak dan Pulau Pinang. Lawatan ini juga memfokuskan perkongsian mengenai maklumat berkaitan garis panduan yang digunapakai untuk tujuan operasi penguatkuasaan di skim perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Perumahan Awam Kerajaan Negeri.
Semoga kunjungan lawatan ini akan menjalinkan kerjasama serta hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.
- Hits: 2061