MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN PENYENGGARAAN PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2024
Ipoh - 15 Jun 2024, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir ke lawatan rasmi di Program Perumahan Rakyat (PPR) Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh. Dalam lawatan tersebut, YB Nga Kor Ming melihat keadaan cat dan bangunan rumah pangsa tersebut yang mula diduduki secara sewa pada tahun 1971. PPR ini mempunyai 580 unit rumah dan dibina secara 2 fasa. Fasa pertama siap dibina dan diduduki pada tahun 1971 manakala fasa kedua pada tahun 1982.
Dalam lawatan ini, YB Nga Kor Ming 倪可敏 menyerahkan kelulusan peruntukan Penyenggaraan Perumahan di bawah KPKT Malaysia kepada Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2024 berjumlah RM10.8 juta yang melibatkan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), peruntukan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) dan peruntukan Lif Madani 2024. Simbolik penyerahan tersebut diterima oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.
YB Nga Kor Ming juga telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Projek Mengecat dan Mengganti Susur Tangan di Rumah Pangsa Jalan Hospital Ipoh berjumlah RM500,000.00. Penerimaan peruntukan tersebut diterima oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.
Turut hadir di dalam lawatan ini ialah Dato’ N. Jayaselan, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Dato’ Haji Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh, Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP danDr. Kamarul Liza binti Hashim, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
- Hits: 1682