TASK FORCE TUNGGAKAN SEWA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DI PPR RUMAH PANGSA JALAN PASIR PUTEH, IPOH
Ipoh, 25 April 2024 - Task Force Kutipan Tunggakan Sewa PPR telah diadakan di PPR Rumah Pangsa Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Seramai 9 pegawai penguatkuasa LPHP terlibat di dalam task force ini dan turut disertai oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.
Sejumlah 30 rumah telah diberi notis tamat sewa pada malam ini yang melibatkan tunggakan bermula dari RM1000 hingga RM4000. Notis yang diserahkan merupakan notis kedua selepas notis menjelaskan tunggakan yang dikeluar sebelum ini tidak diendahkan oleh penyewa.
Kebanyakan penyewa PPR culas membayar sewa walaupun sewa yang ditawarkan adalah berjumlah RM100 sebulan. Operasi yang bermula pada jam 8.45 malam ini telah tamat pada jam 11.00 malam.
- Hits: 1967