MAJLIS SERAH KUNCI RUMAH PERAKKU TAMAN TUALANG BARU, TANJUNG TUALANG, PERAK DARUL RIDZUAN
TANJUNG TUALANG, 23 MEI 2024- Sekitar Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Perakku Fasa 1 di Taman Tualang Baru, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan. Majlis telah disempurnakan oleh Adun Malim Nawar YB Puan Bavani A/P Veraiah sebagai wakil kepada YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Projek Rumah Perakku ini dinamakan sebagai Taman Tualang Baru. Projek ini mula dibangunkan pada Januari 2021 melalui kaedah usahasama diantara LPHP sebagai pemilik tanah dan Tract Evo Sdn. Bhd. sebagai pemaju perumahan dengan kos pembangunan bernilai RM44.3 juta.
Tapak skim perumahan ini adalah seluas 30 ekar dan melibatkan pembinaan sebanyak 319 unit rumah kediaman yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu, 86 unit rumah kos rendah dan 233 unit rumah mampu milik. Harga jualan yang ditetapkan bagi rumah kos rendah setingkat adalah RM70 ribu seunit. Manakala jualan rumah mampu milik pula ditetapkan pada harga RM180 ribu bagi jenis teres setingkat hingga RM238 ribu bagi jenis teres dua tingkat.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima kunci Rumah Perakku Fasa 1, Taman Tualang Baru, Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
- Hits: 2608