SESI TAKLIMAT PERUMAHAN KEPADA WARGA PASUKAN GERAKAN AM BAGI MEMPERKENALKAN PRODUK DI BAWAH LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH NEGERI PERAK
HULU KINTA, 23 MEI 2024- Sesi Taklimat Perumahan Kepada Warga Pasukan Gerakan AM Bagi Memperkenalkan Produk Di Bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak bertempat di Dewan PGA Hulu Kinta.
Seramai 170 anggota PGA telah hadir bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil dari LPHP. Sesi taklimat ini juga turut melibatkan wakil daripada AKPK iaitu En.Muaz Mahpuzah.
Selain daripada taklimat LPHP juga turut membuka booth pendaftaran rumah PERAKKU dan juga booth dari pihak AKPK serta beberapa booth yang melibatkan pemaju perumahan bagi mempromosikan produk masing-masing.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Anjutan Briged Utara PGA Ulu Kinta, DSP Nor Azman Bin Paimin dan juga Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, En Mohamed Akmal Bin Dahalan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, semoga program mendapat manfaat kepada semua yg hadir.
- Hits: 1955