LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR KE PPR RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL, IPOH
3 Julai 2024, Ipoh – Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menerima kunjungan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Delegasi DBKL seramai 30 orang diketuai oleh Tuan Zulkifli, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL dan disambut oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.
Dalam sesi lawatan tersebut, LPHP telah berkongsi kaedah pengurusan kontrak pembersihan yang dilaksanakan oleh LPHP dalam menguruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri Perak. Delegasi DBKL dibawa melawat ke kawasan Rumah Pangsa Jalan Hospital dan Pusat Komuniti Sifar Sisa (KOSIS). Pihak DBKL juga sempat berkongsi kaedah pengurusan kontrak pembersihan yang dipraktikkan di PPR yang diselia DBKL.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Encik Ahmad Ibnu Sina bin Termizi, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, pegawai-pegawai Eksekutif LPHP, dan pegawai-pegawai DBKL.
Semoga perkongsian dua hala ini dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan PPR di kedua-dua negeri dan objektif Program Perumahan Rakyat dapat dilaksanakan dengan sempurna.
- Hits: 1397