Soalan Lazim Rumah Perakku

Soalan Lazim Rumah Perakku

1. Bagaimanakah untuk mendaftar Rumah Perakku?

Pemohon yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman sesawang LPHP dan mengisi di bahagian pendaftaran. Kemudian isi borang tersebut dan setelah selesai klik hantar. Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun sekiranya ada sebarang pengemaskinian dilakukan. Pengemaskinian borang perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali

2. Apakah syarat-syarat untuk memohon Rumah Perakku?

Syarat-syarat untuk memohon Rumah Perakku adalah pemohon :

1) Warganegara Malaysia.

2) Berumur 18 tahun ke atas.

3) Keutamaan kepada rakyat Perak.

4) Satu pasangan satu permohonan sahaja.

5) Pemohon dan pasangan belum memiliki hartanah kediaman.

6) Pemohon atau pasangan menetap atau bekerja di Negeri Perak.

7) Permohonan rumah adalah untuk didiami bukan untuk disewa.

Had Kelayakan Pendapatan :

Kategori Rumah Perakku 1 (kos rendah)

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.

Kategori Rumah Perakku 2 (kos sederhana)

Pendapatan isi rumah di antara RM 5,001.00 - RM 8,000.00 sebulan.

Kategori Rumah Mampu Milik

Pendapatan isi rumah melebihi RM8,000.00 ke atas.

3. Apakah konsep perumahan Perakku yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak(LPHP)?

Rumah-rumah yang ditawarkan oleh LPHP adalah rumah kediaman 3 bilik tidur serta dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa. Harga rumah dijual pada kadar yang mampu dimiliki oleh rakyat.

4. Saya sudah mendaftar. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?

Pemohon akan dipanggil temuduga apabila projek yang dibangunkan di daerah pemohon mohon sudah dinaikkan sebanyak 50 peratus. Pihak LPHP akan menghantar surat jemputan temuduga ke alamat pemohon yang telah didaftarkan di dalam sistem e-perumahan

5. Saya telah mendaftar di dalam sistem e-perumahan tetapi bagaimana pula dengan dokumen-dokumen sokongan?

Pemohon hanya perlu membuat permohonan secara maya di laman sesawang LPHP dan mengisi borang mengikut butiran yang diminta sahaja. Dokumen-dokumen sokongan tidak perlu disertakan sekali kerana dokumen-dokumen berikut hanya perlu dibawa semasa proses temuduga

6. Adakah pemohon bujang dan OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh mendaftar Rumah Perakku?

Rumah Perakku mempunyai kuota sebanyak 5% bagi pemohon berstatus bujang dan OKU.

7. Adakah layak setiap isi rumah memohon Rumah Perakku?

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya salah seorang isi rumah yang dibenarkan untuk mendaftar Rumah Perakku di dalam sistem e-perumahan

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak