LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK KE PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 16 Oktober 2024 - Satu sesi lawatan penanda aras yang disertai oleh 10 orang pegawai LPHP telah diadakan ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi serta mendengar pengalaman daripada PMINT sebagai pihak yang dilantik oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebagai agensi pelaksana dalam Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai di Negeri Terengganu.
Disamping itu, LPHP turut mendengar perkongsian daripada pihak PMINT berkaitan tatacara pengurusan projek hartanah dibawah seliaan pihak Perbadanan. Lawatan penanda aras ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian menerima kunjungan daripada LPHP dan berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
Unit Dasar dan Kawalan Perumahan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
- Hits: 88