MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PROGRAM KHAS PERUMAHAN PERWIRA NEGERI PERAK DAN PROGRAM BAITI JANNATI

TAPAH, 28 OKTOBER 2024 - YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, YAB Menteri Besar Negeri Perak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak dan Program Baiti Jannati. Program Khas PERWIRA merupakan projek kedua daripada tiga projek perumahan khas PERWIRA yang diselaras oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).
 
Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak, Daerah Batang Padang ini adalah kerjasama antara LPHP dan syarikat Lagenda Properties Berhad. Pembinaan Fasa Pertama ialah 596 unit rumah teres setingkat di kawasan seluas 50 ekar. 64% pemiliknya terdiri daripada anggota beruniform seperti PDRM, BOMBA, RELA, ATM, dan APM manakala 36% lagi adalah bekas anggota dan penjawat awam.
 
Selain itu, Program Baiti Jannati pula adalah inisiatif murni Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerjasama antara TNB dan LPHP telah membuka peluang kepada golongan asnaf yang tidak memiliki tanah untuk turut berpeluang memiliki kediaman sendiri.
 
Sebanyak lima keluarga asnaf yang layak telah terpilih untuk menerima rumah di bawah program Baiti Jannati. Dua unit rumah disediakan di Taman Seri Selinsing, Daerah Kerian dan tiga lagi di Taman Emas Bidor, Daerah Batang Padang.
 
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kunci Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak dan Program Baiti Jannati!
 
 
 
 
 
  • Hits: 53

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak