PROGRAM BERSAMA PENDUDUK PPR DAN PERASMIAN PROGRAM TUISYEN PERCUMA DI PPR SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 30 November 2024 - Satu program komuniti yang penuh dengan aktiviti menarik telah diadakan di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk PPR, selain memberi manfaat kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun.

 

Kehadiran penduduk dan peserta bermula seawal 7.30 pagi dan antara aktiviti yang bermula awal ialah zumba dan senam sihat.
 
Seiring dengan itu, pelbagai pertandingan sukan dan aktiviti menarik turut disediakan seperti pertandingan ping pong, sukaneka, dan permainan Supa Dupa khas untuk kanak-kanak. Selain itu, penduduk juga dapat memanfaatkan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan serta rawatan pergigian secara percuma. Pameran dan jualan produk tempatan turut diadakan untuk mempromosikan hasil usaha komuniti setempat, sementara kenderaan bersaji ('food truck') dan jualan Rahmah menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga yang berpatutan.
 
Yang Berhormat Puan Sandrea NG Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak hadir bagi merasmikan program ini dan Program Tuisyen Percuma bagi anak-anak PPR yang julung kali dianjurkan oleh LPHP sebagai salah satu program tanggungjawab sosial mereka. Program Tuisyen Percuma ini adalah usahasama LPHP dengan NGO Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping dengan kelas diadakan satu sesi setiap minggu. Seramai 20 orang anak-anak bermula darjah 2 hingga darjah 5 menghadiri kelas Bahasa Inggeris ini dan selepas hampir setahun program ini dilaksanakan, penguasaan dan prestasi anak-anak ini telah menampakkan impak positif.
 
YB Exco dalam ucapan perasmiannya turut menggalakkan kerjasama bersama NGO ini dapat diperluaskan lagi bagi memberi manfaat kepada penduduk PPR.
 
 
 
 
  • Hits: 57

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak