PROJEK MENGGANTI BUMBUNG DI PPR PANGSAPURI SIMPANG PERDANA, TAIPING
TAIPING, 8 April 2025- Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan melawat kemajuan kerja bagi projek mengganti bumbung di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Bumbung PPR tersebut sebelum ini rosak teruk akibat ribut yang melanda pada 13 April 2025 yang lalu. Sehingga 8 April 2025, kira-kira 70% bahagian bumbung yang terjejas telah siap diganti. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, pegawai-pegawai LPHP, wakil penduduk, kakitangan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti dan kontraktor.





- Hits: 79