SESI LIBAT URUS BERSAMA PENDUDUK SKIM SEWA PERAK SEJAHTERA (SSPS) RUMAH PANGSA JALAN SYED THAUPHY, BAGAN SERAI

BAGAN SERAI, 14 Disember 2024 - Telah diadakan sesi libat urus di antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Pejabat Daerah dan Tanah Kerian dan penduduk Rumah Pangsa Jalan Syed Thauphy, Bagan Serai (RPJST) di Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai.
 
Rumah Pangsa 3 tingkat yang mengandungi 41 unit rumah sebelum ini merupakan kuarters kerajaan yang diselia oleh PDT Kerian. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Perak mencadangkan agar LPHP mengambil alih kuarters ini bagi membolehkan pengisian dibuka kepada penghuni awam. Selepas beberapa siri perbincangan, pada 1 Januari 2025 pentadbiran kuarters tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada LPHP.
 
Kuarters tersebut telah dijenamakan semula dan diletakkan di dalam program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS). Penyewa sedia ada telah diberikan surat tawaran untuk terus menyewa dan pembukaan unit-unit kosong lain akan dimaklumkan kemudian setelah kerja-kerja pembaikan selesai.
 
Sesi ini dihadiri oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Puan Siti Zahirah binti Mohd Ismail, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), pegawai-pegawai LPHP dan PDT Kerian dan penduduk-penduduk RPJST.
 
Dalam sesi ini, penerangan berkenaan syarat-syarat penyewaan SSPS telah diberikan kepada penduduk dan LPHP juga telah mendengar dan menerima pandangan serta aduan daripada penduduk berkenaan keadaan kediaman tersebut.
 
LPHP berharap dengan adanya SSPS Rumah Pangsa Jalan Syed Thauphy ini, masyarat di Daerah Kerian dapat menikmati kediaman yang selesa dan sejahtera.

    

  • Hits: 53

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak