Pemohon boleh mendapatkan maklumat sama ada perlu melalui proses permohonan kebenaran daripada LPHP berdasarkan Syarat Nyata yang tertera di dalam Hakmilik atau Carian Rasmi. Sekiranya Syarat Nyata ada menyatakan bahawa rumah berstatus kos rendah atau rumah murah, maka pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada
LPHP.
Pemohon boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang kebenaran pindahmilik rumah kos rendah daripada laman web rasmi LPHP (www.lphp.perak.gov.my) secara percuma atau membeli satu set borang tersebut di kaunter LPHP dengan harga RM5.00.
A.Bagi permohonan baru, rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya, pembayaran fi permohonan boleh dibuat oleh pemohon melalui kaedah Tunai sahaja di kaunter LPHP.
Orang Perseorangan |
Pemaju Perumahan |
Pemohonan Baru: RM50.00 Rayuan Kali Pertama: RM50.00 Rayuan Seterusnya: RM100.00
|
Pemohonan Baru: RM30.00 Rayuan Kali Pertama: RM50.00 Rayuan Seterusnya: RM100.00
|
B.Bagi permohonan rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya yang telah diluluskan oleh LPHP, pembayaran penalti boleh dibuat melalui kaedah Tunai, Cek atau Banker’s Cheque sahaja di atas nama LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK.
Tempoh masa yang diambil untuk pihak LPHP memproses permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah adalah selama 45 hari.
Pindahmilik secara “kasih sayang” adalah pindahmilik yang dilakukan tanpa apa-apa balasan kewangan di antara suami kepada isteri, isteri kepada suami, ibu/bapa kepada anak, anak kepada ibu/bapa sahaja. Pindahmilik tanpa apa-apa balasan kewangan yang dilakukan selain daripada hubungan di atas adalah pindahmilik secara “rela hati”
Pihak Pemaju Perumahan yang ingin menjual rumah kepada first house buyer perlu berurusan dengan Unit Dasar dan Pemasaran LPHP untuk mendapatkan surat tawaran daripada LPHP. Pembeli hendaklah terlebih dahulu berdaftar di dalam sistem e-perumahan LPHP dan memohon di bawah kategori “Rumah Perakku”
Sekiranya permohonan baru pemohon ditolak/tidak dibenarkan, pemohon boleh membuat rayuan dengan menggunakan dokumen yang sama seperti permohonan baru turut disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:
Pemilik dan Penerima tidak perlu hadir bersama. Salah seorang daripada pihak boleh membuat permohonan di kaunter. Pemohon juga boleh menggunakan khidmat wakil untuk menghantar permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah ke kaunter LPHP
Pemohon boleh berurusan dengan pihak LPHP (Unit Pentadbiran – ICT) untuk membuat kata laluan dan id pengguna yang baru
Pemohon boleh berurusan dengan pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) untuk menyemak butir-butir pemohon sama ada perlu dikemaskini atau tidak. Sekiranya butir-butir yang diisi oleh pemohon telah lengkap, pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) akan meluluskan permohonan tersebut
Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959
Faks : 05-526 9199
© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak