ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π π‹π„πŒππ€π†π€ ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ„π‘π€πŠ (𝐋𝐏𝐇𝐏) πƒπˆ π–πŽπ‘π‹πƒ 𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 π…πŽπ‘π”πŒ πŸπŸ‘ (π–π”π…πŸπŸ‘) πƒπˆ ππ€πŠπ”, π€π™π„π‘ππ€πˆπ‰π€π.

#lphpnadiperumahananda
#PerakSejahtera2030
#membinakehidupansejahtera
#MalaysiaMadani

Facebook: https://www.facebook.com/lphp.perak
Instagram: https://www.instagram.com/lphp.perak/
Laman Web: http://lphp.gov.my
Tiktok: https://www.tiktok.com/@lphpofficial Β  Β 
  • Hits: 33

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI LPHP KE LPM

MELAKA, 5 Februari 2026 - Seramai 8 orang pegawai daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Β 
Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Puan Zaiteena binti Wan Nasir, bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pihak LPM berhubung kaedah serta tatacara pengoperasian organisasi, khususnya berkaitan skim perkhidmatan kakitangan dan penubuhan anak syarikat. Selain itu, lawatan ini juga akan memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Β 
Delegasi LPHP telah disambut baik oleh YBhg. Datuk TPr. Hj. Murad bin Hj. Husin, Pengarah Eksekutif , YBrs. Encik Salleh bin Hamidom, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Puan Ummi Kalthoom binti Dollah, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) serta pegawai-pegawai LPM.
Β 
LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak LPM atas kesudian menerima kunjungan delegasi LPHP serta berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
Β 
Kapal dagang berlabuh tenang,
Angin sepoi menyapa seri;
Pohon meranti teguh terpancang,
Terima kasih LPM sudi menerima kami.
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 891

PERHIMPUNAN BULANAN WARGA LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK SESI JANUARI 2026 DAN MAJLIS PERPISAHAN TUAN AKMAL

IPOH, 08 Jan 2026 - Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2026 bertempat di Perkarangan Parkir Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak.
Β 
Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan.

Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 1058

HARI KELUARGA LPHP 2025

6 -7 Disember 2025 – Program Family Day Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hampton by the Beach, Pulau Pinang.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja LPHP bersama ahli keluarga melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk sukaneka, cabutan bertuah, makan malam serta sesi santai bersama keluarga.
Β 
Sepanjang berlangsungnya program ini, suasana penuh keceriaan dan semangat kerjasama jelas terpancar, sekali gus mengukuhkan semangat berpasukan serta memupuk budaya kerja yang lebih positif dalam kalangan warga LPHP.
Pihak pengurusan LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta para peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan serta semangat kerjasama dalam organisasi.

Β 
Β 
Β 
Β 
  • Hits: 1076

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

AlamatΒ Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 |Β Faks : 05-526 9199


Β© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak