PROGRAM BERSAMA PENDUDUK PPR DAN PERASMIAN PROGRAM TUISYEN PERCUMA DI PPR SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 30 November 2024 - Satu program komuniti yang penuh dengan aktiviti menarik telah diadakan di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk PPR, selain memberi manfaat kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun.

 

Kehadiran penduduk dan peserta bermula seawal 7.30 pagi dan antara aktiviti yang bermula awal ialah zumba dan senam sihat.
 
Seiring dengan itu, pelbagai pertandingan sukan dan aktiviti menarik turut disediakan seperti pertandingan ping pong, sukaneka, dan permainan Supa Dupa khas untuk kanak-kanak. Selain itu, penduduk juga dapat memanfaatkan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan serta rawatan pergigian secara percuma. Pameran dan jualan produk tempatan turut diadakan untuk mempromosikan hasil usaha komuniti setempat, sementara kenderaan bersaji ('food truck') dan jualan Rahmah menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga yang berpatutan.
 
Yang Berhormat Puan Sandrea NG Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak hadir bagi merasmikan program ini dan Program Tuisyen Percuma bagi anak-anak PPR yang julung kali dianjurkan oleh LPHP sebagai salah satu program tanggungjawab sosial mereka. Program Tuisyen Percuma ini adalah usahasama LPHP dengan NGO Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping dengan kelas diadakan satu sesi setiap minggu. Seramai 20 orang anak-anak bermula darjah 2 hingga darjah 5 menghadiri kelas Bahasa Inggeris ini dan selepas hampir setahun program ini dilaksanakan, penguasaan dan prestasi anak-anak ini telah menampakkan impak positif.
 
YB Exco dalam ucapan perasmiannya turut menggalakkan kerjasama bersama NGO ini dapat diperluaskan lagi bagi memberi manfaat kepada penduduk PPR.
 
 
 
 
  • Hits: 448

JELAJAH HARI USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI PERAK 2024

SELAMA, 26 November 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024 bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama.

 

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP "PERAKKU" para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat2 berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di Negeri Perak.

 

 

 

 

  • Hits: 333

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS SUKA NEGERI PERAK DAN LEMBAGA PENGURUSAN SUMBER AIR PERAK

MERU, 14 November 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) dan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA) .

 

LPHP menyambut baik hasrat pihak MSN dan LPSA untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan proses penubuhan LPHP sebagai badan berkanun negeri pada peringkat awal.
 
LPHP merakamkan penghargaan kepada pihak MSN dan LPSA atas kesudian untuk hadir bagi sesi perkongsian dan perbincangan ini. Semoga dengan perbincangan ini dapat membantu MSN dan LPSA dalam membentuk Badan Berkanun Negeri dan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat.
 
 
 
 
  • Hits: 341

LAWATAN TEKNIKAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LPHP KE GALERI IBS DAN HOMES DI JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 6 NOVEMBER 2022 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang diwakili oleh Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP telah menghadiri lawatan teknikal ke Galeri IBS Dan IBS Homes Di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

 

Sesi lawatan ini ke tapak projek yang melaksanakan sistem IBS ini bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan terhadap keberkesanan dalam perlaksanaan projek IBS serta dapat memberi nilai tambah dalam menguruskan projek-projek IBS di sekitar Negeri Perak khususnya.

 

 

  • Hits: 295

LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK KE PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober 2024 - Satu sesi lawatan penanda aras yang disertai oleh 10 orang pegawai LPHP telah diadakan ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
 
Lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi serta mendengar pengalaman daripada PMINT sebagai pihak yang dilantik oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebagai agensi pelaksana dalam Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai di Negeri Terengganu.
 
Disamping itu, LPHP turut mendengar perkongsian daripada pihak PMINT berkaitan tatacara pengurusan projek hartanah dibawah seliaan pihak Perbadanan. Lawatan penanda aras ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.
 
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian menerima kunjungan daripada LPHP dan berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
 
Unit Dasar dan Kawalan Perumahan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
 
 
 
 
  • Hits: 255

OUR ASHBY ROAD AT NIGHT

PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh yang turut dikenali sebagai Flat Ashby Road ini merupakan PPR tertua di bawah seliaan LPHP.
 
Mula diduduki sekitar tahun 1970 PPR ini sentiasa “full house” dengan kadar sewa serendah RM40 sehingga RM100 sebulan.
 
Walaupun kos penyelenggaraan dan pengurusan melebihi dari daripada kutipan sewa, LPHP sentiasa komited untuk menyediakan kawasan perumahan yang selesa.
 
Tahun depan Flat Ashby Road ini bakal berwajah baru selepas KPKT meluluskan peruntukan mengecat semula bangunan ini.
 
Terima kasih KPKT kerana sering membantu Kerajaan Negeri Perak dan LPHP dalam menyediakan perumahan awam yang selesa kepada rakyat.
 
 
  • Hits: 521

MAPEX 2024

IPOH, 4-6 Oktober 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah turut serta memeriahkan program Expo Hartanah Malaysia 2024 (MAPEX 2024) yang dianjurkan oleh REHDA Perak bertempat di Ipoh Parade, Ipoh Perak.
 
Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP "PERAKKU", para pengunjung juga turut mendapat maklumat-maklumat berkaitan rumah mampu milik yang dijual di sekitar negeri Perak. LPHP turut menyediakan kakitangan yang berdedikasi bagi membantu pengunjung yang mempunyai pelbagai persoalan bagi pendaftaran Rumah Perakku atau aduan berkaitan status permohonan.
 




  • Hits: 370

PROGRAM RUNDINGAN AWAL KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI STRUKTUR NEGERI (RSN) PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

IPOH, 1 Oktober 2024 - Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan CEO LPHP telah menyampaikan pembentangan dalam Sesi Program Rundingan Awal Kajian RSN Perak 2040 (Kajian Semula). Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah PLANMAlaysia Perak, TPr Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain di Impian Hotel, Ipoh. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dan hala tuju pembangunan di Negeri Perak menuju tahun 2040.  

 






 
  • Hits: 355

KERJA-KERJA PEMBAIKAN RUMAH KOSONG DI PPR PANGSAPURI LAKSAMANA AMANJAYA TELUK INTAN

Info PPR:
Kutipan Luar PPR Pangsapuri Jalan Laksamana Amanjaya dan PPR Kuarters Jalan Laksamana, Teluk Intan diadakan pada setiap bulan di Pejabat Pengurusan LPHP Aras Bawah, PPR Pangsapuri Laksamana Amanjaya, Teluk Intan.
 
Kutipan luar seterusnya akan diadakan pada 6 November 2024 dan 4 Disember 2024.








  • Hits: 373

MOH KENAL RUMAH PERAKKU

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) berkerjasama dengan Dewan Belia Negeri Perak bagi program MOH KENAL RUMAH PERAKKU yang berlangsung di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 25 September 2024 (Rabu) di dewan USAS, dengan kehadiran kakitangan dan para pelajar anak negeri Perak seramai 400 orang peserta.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para kakitangan dan pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah-rumah yang di jual di negeri Perak dan juga sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan RUMAH PERAKKU.

Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah dan Dewan Belia negeri Perak yang menjemput pihak LPHP bersama-sama bagi program "Moh Kenal Rumah Perakku".
Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua yang hadir.












  • Hits: 393

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak