TASK FORCE TUNGGAKAN SEWA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DI PPR RUMAH PANGSA JALAN PASIR PUTEH, IPOH

Ipoh, 25 April 2024 - Task Force Kutipan Tunggakan Sewa PPR telah diadakan di PPR Rumah Pangsa Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Seramai 9 pegawai penguatkuasa LPHP terlibat di dalam task force ini dan turut disertai oleh Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.

Sejumlah 30 rumah telah diberi notis tamat sewa pada malam ini yang melibatkan tunggakan bermula dari RM1000 hingga RM4000. Notis yang diserahkan merupakan notis kedua selepas notis menjelaskan tunggakan yang dikeluar sebelum ini tidak diendahkan oleh penyewa.

Kebanyakan penyewa PPR culas membayar sewa walaupun sewa yang ditawarkan adalah berjumlah RM100 sebulan. Operasi yang bermula pada jam 8.45 malam ini telah tamat pada jam 11.00 malam.






  • Hits: 2228

PENYERAHAN SURAT TAWARAN PINJAMAN PERUMAHAN PERAK SEJAHTERA (PPPS) BAGI PROJEK RUMAH PANGSA KOS RENDAH, WILAYAH BANDAR BARU DENNISTOWN

16 APRIL 2024- Sekitar sesi, penyerahan surat tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 orang peserta setinggan bagi projek Rumah Pangsa Kos Rendah di Wilayah Bandar Baru Dennistown oleh YAB Menteri Besar, Dato Seri Saarani Mohamad.

Pangsapuri ini dibina secara usaha sama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Bumi Johan Sdn Bhd yang juga anak syarikat Asiabina.Ini adalah satu usaha kerajaan Negeri untuk menempatkan semula penduduk setinggan yang menduduki rizab sungai sebelum ini.

Namun, ada diantara peserta yang ditawarkan rumah pangsa kos rendah tidak berjaya dalam mendapatkan pinjaman institusi kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) bagi menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada 30 orang peserta berkenaan.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak melalui Yayasan Perak untuk melaksanakan program Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS).

Pihak kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menerima surat tawaran dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.










  • Hits: 2267

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PERUMAHAN LAKEVIEW RESIDENCES @BIDOR DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DI BIDOR

13 April 2024 – Majlis Perasmian Projek Perumahan serta Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Bidor iaitu pembangunan kerjasama antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Pemaju Demi Hartajaya Sdn. Bhd.

Perasmian tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerjaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri dan A Sivanesan dan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan.

Projek perumahan Lakeview Residence@Bidor dibangunkan atas tanah milik LPHP dimulakan pada Oktober 2022 membabitkan 64 unit kediaman dibangunkan dalam dua fasa dengan 40 peratus daripada keseluruhan unit berkenaan dikhususkan untuk Bumiputera.

Menteri Besar Perak berucap kerjasama antara pihak LPHP dan Demi Hartajaya ini satu langkah bagi mewujudkan lebih banyak kawasan perumahan khususnya di kawasan sub bandar untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat yang ingin memiliki rumah.











  • Hits: 2340

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB PUAN SANDREA NG SHY CHING, PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK

02 APRIL 2024- Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak amat berbesar hati kerana telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Puan Sandrea Ng Shy Ching.
Turut hadir bersama, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perak dan PlanMalaysia Perak.
Semoga majlis ini dapat merapatkan hubungan silaturahim sekaligus mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

    




  • Hits: 2353

MESYUARAT TEKNIKAL PROJEK PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI BAGI TAMAN LIMAU MAS, BERUAS DAN TAMAN CEMPAKA II, KAMPUNG KOH, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

19 MAC 2024 | BILIK MESYUARAT UTAMA MPM |

LPHP telah mengadakan satu Mesyuarat Teknikal Projek Perumahan Swasta Terbengkalai bagi Taman Limau Mas, Beruas dan Taman Cempaka II, Kampung Koh. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu teknikal yang masih belum diselesaikan atau perlu diambil kira sebelum kerja-kerja pemulihan projek dapat dijalankan oleh pihak kontraktor penyelamat yang berminat.

Mesyuarat Teknikal ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LPHP dan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Mesyuarat ini dihadiri jabatan dan agensi teknikal luaran seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah Manjung (PTD), Jabatan Kerja Raya Daerah Manjung (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Manjung (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Manjung dan agensi teknikal dalaman Majlis Perbandaran Manjung. Calon kontraktor penyelamat yang berminat untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai ini juga turut dijemput hadir ke mesyuarat teknikal ini.

Unit Dasar dan Kawalan Perumahan
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak








  • Hits: 2283

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN 2024 & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023

Majlis Penyampaian Amanat Tahun 2024 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 telah diadakan bertempat di Royal Perak Golf Club .

Seramai 4 orang warga kerja Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak - LPHP telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 36 orang penerima Anugerah Keterampilan Tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan telah menyampaikan Amanat Tahun 2024 kepada semua warga kerja Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak - LPHP

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching menyempurnakan penyampaian anugerah ini serta merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap agar majlis ini dapat memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga LPHP untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan komited pada masa-masa yang akan datang serta jadikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 sebagai sumber inspirasi bagi semua kakitangan LPHP.

Pentabiran LPHP mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga tahun 2024 membawa lebih banyak pembaharuan serta kejayaan.















  • Hits: 2374

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERBADANAN PENGURUSAN PANGSAPURI DAMAI (PPPD), TELUK DALAM, PULAU PANGKOR

Mesyuarat Agung Tahunan PPPD Teluk Dalam Pulau Pangkor telah diadakan pada 5 Mac 2024 di Hotel Seri Malaysia Ipoh. LPHP hadir sebagai pemilik kepada 30 unit rumah daripada 110 unit rumah di perumahan tersebut. 30 unit milik LPHP itu kini telah ditawarkan secara sewa beli kepada golongan yang layak dengan tempoh sewa beli selama 25 tahun. LPHP telah diwakili oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP.

LPHP berharap Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini terus memainkan peranannya dalam menguruskan perumahan berstrata ini dan pengurusan JMB yang berkesan ini boleh diwujudkan di perumahan-perumahan awam di Negei Perak.





  • Hits: 2328

BENGKEL PEROLEHAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK

21 & 22 Februari 2024- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Bengkel Tatacara Perolehan. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli jawatankuasa berkenaan tatacara perolehan sebut harga secara teori dan praktikal. Di samping itu juga, bengkel ini menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, pendapat dan pengalaman.


   







  • Hits: 2188

MESYUARAT PENYELARASAN PENETAPAN SASARAN PERUMAHAN SEJAHTERA DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PERAK SEJAHTERA 2030

23 Feb 2024 - LPHP telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan penetapan sasaran Perumahan Sejahtera di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.
Objektif mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan, cadangan serta input setiap agensi pelaksana Rumah Mampu Milik di Negeri Perak bagi merealisasikan Program Flagship Perumahan Sejahtera. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada PKNPk, SSI, MB Inc, PCB, Yayasan Perak, MAIPk, Maju Perak, Unit Pengurusan Fasiliti MBI, PR1MA, FELCRA, FELDA, JPN, UPEN & IDR.







  • Hits: 2228

PERTANDINGAN PAINTBALL ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK

SABTU, 17.02.2024- Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak telah menganjurkan pertandingan paintball diantara ahli kelab Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak - LPHP. Pertandingan ini berlangsung di Seri Iskandar.Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama di antara pasukan dan kemahiran merancang sesama pasukan dalam menyusun strategi permainan.

Tahniah diucapakan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.




  • Hits: 2387

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak