GOTONG ROYONG PPR JALAN HOSPITAL

18 Mei 2024 (Sabtu) - Penduduk Rumah Pangsa Jalan Hospital (RPJH), Ipoh bersama KRT Jalan Ashby telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana di sekitar rumah pangsa tersebut. Gotong Royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar RPJH, pembasmian kawasan pembiakan nyamuk dan membuang sampah-sampah pukal. Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti, Balai Bomba Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh dan SWCorp Zon Utara.

Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Encik Mohamad Irwan bin Amerurudin, Pegawai Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti RPJH, Encik Ahmad Hiszam bin Hairudin, Pengerusi KRT Jalan Ashby, kakitangan LPHP dan penduduk-penduduk RPJH.

Disamping objektif untuk mewujudkan persekitaran komuniti yang bersih, program ini juga dapat memperkasakan komuniti dan meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat melalui aktiviti kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
    
  • Hits: 1932

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak