KURSUS MICROSOFT EXCEL (INTERMEDIATE TO ADVANCE)
MERU, 14 & 15 Februari 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel yang berlangsung pada 14 - 15 April 2025 bertempat di Hub Inovasi dan Multimedia, Mydin Mall meru. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman lebih dari 27 tahun dalam bidang komputer/IT, Encik Kanageswaran Sanasee, dari Digital Perak Corporation Holdings. Beliau berkongsi pelbagai ilmu serta teknik penggunaan fungsi-fungsi lanjutan Excel secara praktikal dan interaktif.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan menggunakan teknik-teknik tips and tricks dalam perisian MS Excel dan menggunakannya dengan mudah. Seterusnya, dapat menggunakan fungsi-fungsi MS Excel dalam penghasilan dokumen dan lembaran kerja yang lebih pantas dan sistematik. Akhir sekali, dapat menggunakan skill yang berkesan dalam perisian MS Excel.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, terutamanya Digital Perak dan Encik Kanageswaran atas sokongan dan kepakaran yang diberikan.
- Hits: 101