LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI LPHP KE LPM
MELAKA, 5 Februari 2026 - Seramai 8 orang pegawai daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Puan Zaiteena binti Wan Nasir, bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pihak LPM berhubung kaedah serta tatacara pengoperasian organisasi, khususnya berkaitan skim perkhidmatan kakitangan dan penubuhan anak syarikat. Selain itu, lawatan ini juga akan memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Delegasi LPHP telah disambut baik oleh YBhg. Datuk TPr. Hj. Murad bin Hj. Husin, Pengarah Eksekutif , YBrs. Encik Salleh bin Hamidom, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Puan Ummi Kalthoom binti Dollah, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) serta pegawai-pegawai LPM.
LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak LPM atas kesudian menerima kunjungan delegasi LPHP serta berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
Kapal dagang berlabuh tenang,
Angin sepoi menyapa seri;
Pohon meranti teguh terpancang,
Terima kasih LPM sudi menerima kami.





- Hits: 21