TAKLIMAT DARIPADA PERKESO BERKENAAN AKTA & TUNTUTAN
JUMAAT, 16 FEBRUARI 2024- Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dengan berbesar hati telah menjemput pihak PERKESO Negeri Perak untuk memberikan taklimat mengenai akta dan tuntutan PERKESO.
Ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Puan Zaiteena Binti Wan Nasir.
Ceramah dimulakan dengan sesi taklimat dari Puan Nadzirah binti Mohd Sarqawi, Pegawai Eksekutif Perkeso Negeri Perak mengenai faedah-faedah Perkeso termasuk Skim Sosial Keselamatan Suri Rumah. Turut hadir bersama Encik Mohamad Yunus bin Zainal Pozie selaku Pegawai Eksekutif PERKESO Negeri Perak.
Ceramah diteruskan dengan sesi soal jawab bersama penceramah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak PERKESO Negeri Perak kerana sudi sampikan taklimat dan kongsi ilmu kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
- Hits: 2114