LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK KE PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober 2024 - Satu sesi lawatan penanda aras yang disertai oleh 10 orang pegawai LPHP telah diadakan ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
 
Lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi serta mendengar pengalaman daripada PMINT sebagai pihak yang dilantik oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebagai agensi pelaksana dalam Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai di Negeri Terengganu.
 
Disamping itu, LPHP turut mendengar perkongsian daripada pihak PMINT berkaitan tatacara pengurusan projek hartanah dibawah seliaan pihak Perbadanan. Lawatan penanda aras ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.
 
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian menerima kunjungan daripada LPHP dan berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.
 
Unit Dasar dan Kawalan Perumahan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
 
 
 
 
  • Hits: 373

OUR ASHBY ROAD AT NIGHT

PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh yang turut dikenali sebagai Flat Ashby Road ini merupakan PPR tertua di bawah seliaan LPHP.
 
Mula diduduki sekitar tahun 1970 PPR ini sentiasa “full house” dengan kadar sewa serendah RM40 sehingga RM100 sebulan.
 
Walaupun kos penyelenggaraan dan pengurusan melebihi dari daripada kutipan sewa, LPHP sentiasa komited untuk menyediakan kawasan perumahan yang selesa.
 
Tahun depan Flat Ashby Road ini bakal berwajah baru selepas KPKT meluluskan peruntukan mengecat semula bangunan ini.
 
Terima kasih KPKT kerana sering membantu Kerajaan Negeri Perak dan LPHP dalam menyediakan perumahan awam yang selesa kepada rakyat.
 
 
  • Hits: 802

MAPEX 2024

IPOH, 4-6 Oktober 2024 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah turut serta memeriahkan program Expo Hartanah Malaysia 2024 (MAPEX 2024) yang dianjurkan oleh REHDA Perak bertempat di Ipoh Parade, Ipoh Perak.
 
Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP "PERAKKU", para pengunjung juga turut mendapat maklumat-maklumat berkaitan rumah mampu milik yang dijual di sekitar negeri Perak. LPHP turut menyediakan kakitangan yang berdedikasi bagi membantu pengunjung yang mempunyai pelbagai persoalan bagi pendaftaran Rumah Perakku atau aduan berkaitan status permohonan.
 




  • Hits: 542

PROGRAM RUNDINGAN AWAL KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI STRUKTUR NEGERI (RSN) PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA)

IPOH, 1 Oktober 2024 - Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan CEO LPHP telah menyampaikan pembentangan dalam Sesi Program Rundingan Awal Kajian RSN Perak 2040 (Kajian Semula). Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah PLANMAlaysia Perak, TPr Gs Mohamed Zamri bin Mohd Zain di Impian Hotel, Ipoh. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan dan hala tuju pembangunan di Negeri Perak menuju tahun 2040.  

 






 
  • Hits: 512

KERJA-KERJA PEMBAIKAN RUMAH KOSONG DI PPR PANGSAPURI LAKSAMANA AMANJAYA TELUK INTAN

Info PPR:
Kutipan Luar PPR Pangsapuri Jalan Laksamana Amanjaya dan PPR Kuarters Jalan Laksamana, Teluk Intan diadakan pada setiap bulan di Pejabat Pengurusan LPHP Aras Bawah, PPR Pangsapuri Laksamana Amanjaya, Teluk Intan.
 
Kutipan luar seterusnya akan diadakan pada 6 November 2024 dan 4 Disember 2024.








  • Hits: 570

MOH KENAL RUMAH PERAKKU

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) berkerjasama dengan Dewan Belia Negeri Perak bagi program MOH KENAL RUMAH PERAKKU yang berlangsung di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 25 September 2024 (Rabu) di dewan USAS, dengan kehadiran kakitangan dan para pelajar anak negeri Perak seramai 400 orang peserta.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para kakitangan dan pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah-rumah yang di jual di negeri Perak dan juga sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan RUMAH PERAKKU.

Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah dan Dewan Belia negeri Perak yang menjemput pihak LPHP bersama-sama bagi program "Moh Kenal Rumah Perakku".
Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua yang hadir.












  • Hits: 524

ADUAN BERKENAAN POKOK TUMBANG

Untuk makluman, pihak LPHP telah menerima aduan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital Ipoh (RPJH) berkaitan dahan pokok yang patah akibat angin kuat.

LPHP akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dahan patah dalam kadar segera dan dipohon semua penduduk untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.










  • Hits: 587

OPEN DAY PUO 2024

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena "PUO Open Day 2024" pada 23 September 2024 bertempat di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar Ipoh dengan kehadiran pelajar yang terdiri dari anak2 Perak seramai 200 orang.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan rumah-rumah mampu milik yang di jual di negeri Perak dan juga sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan Rumah Perakku negeri Perak.

Terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Strategik negeri Perak (Stratcomm) menjemput LPHP bersama-sama dalam majlis Wancana Perak Sejahtera 2030. Semoga program ini mendapat sambutan yang baik kepada semua yang hadir.
  • Hits: 497

BENGKEL DASAR PERUMAHAN NEGERI PERAK 2.0

Pada 12 hingga 14 September 2024, telah berlangsung Bengkel Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang telah diadakan di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.

Bengkel tersebut melibatkan YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak, PLANMalaysia@Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta, Institut Darul Ridzuan (IDR), CIDB, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan REHDA Negeri Perak.

Sesi perkongsian dan pembentangan oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan REHDA Negeri Perak turut diadakan semasa bengkel ini diadakan.

Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan kepada Dasar Perumahan Negeri Perak sedia ada dengan memberi fokus kepada tiga (3) bidang tumpuan atau 3A iaitu Affordability - Kemampuan, Accesibility - Kebolehcapaian dan Availability- Ketersediaan. 








  • Hits: 523

KARNIVAL MESRA ANAK MUDA (KAMU) 2024

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) selama 3 hari bermula pada 6 - 8 September 2024 bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat2 berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak.




  

  • Hits: 468

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak