PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN NEGERI PERAK SIRI 7/2025

MERU, 29 September 2025 - LPHP turut serta dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7/2025 yang berlangsung di Kolej Poly Tech MARA, Meru, Ipoh. Program ini bukan sahaja memberi ruang interaksi bersama masyarakat, diharapkan program ini memberi manfaat secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat.


  • Hits: 961

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA PERKAMPUNGAN NELAYAN (PSPN) DI TELUK MUROH, LUMUT DAN SUNGAI PINANG BESAR PULAU PANGKOR

PULAU PANGKOR, 9 Oktober 2025 - Dua (2) lawatan tapak telah dijalankan bersama YBhg. Datuk Zul Hadi Ahmad (Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi), Puan Intan Shafini Mustafa (Timbalan Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak), wakil Pejabat Tanah dan Galian Perak, wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, wakil Majlis Perbandaran Manjung, serta wakil daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan status semasa projek serta menetapkan hala tuju pelaksanaan seterusnya bersama agensi-agensi berkaitan.




  • Hits: 1150

PASUKAN BOLA SEPAK LPHP

Pasukan Bola Sepak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak bagi Kejohanan Sukan Sinergi Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia 2025 Melaka. Penghargaan dan pujian diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak LPHP atas penyertaan dalam edisi yang julung kali diadakan ini. 🌟

Pasukan Bola Sepak LPHP telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan berani dalam permainan. Perlawanan persahabatan dengan intipati utamanya untuk mengeratkan hubungan di antara agensi agensi pembangunan perumahan turut disertai oleh pasukan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). LPNPP telah menjadi juara bagi kejohanan sulung ini diikuti PKPJ dan LPHS.

Insyallah, LPHP akan turun lebih bersemangat dan bersedia bagi edisi akan datang yang akan diadakan di Pulau Pinang. Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen serta semangat berpasukan yang luar biasa! 💪🏆



  • Hits: 1203

PASUKAN BOLA JARING LPHP

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) atas kejayaan meraih Naib Johan dalam kejohanan Sukan Sinergi Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia 2025! 🌟
 
Pasukan Bola Jaring LPHP menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan menewaskan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (10-7), Lembaga Perumahan Melaka (10-9) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (17-2) sebelum tewas kepada Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor dengan keputusan 17-3.
 
Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen serta semangat berpasukan yang luar biasa! Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pasukan LPHP bukan sahaja hebat di lapangan kerja, tetapi juga cemerlang di arena sukan 💪🏆




  • Hits: 1137

PERBINCANGAN TEKNIKAL

1 Oktober 2025 - Satu sesi perbincangan teknikal telah diadakan bersama pemaju, perunding, kontraktor, wakil Majlis Daerah Perak Tengah, wakil Lembaga Air Perak dan wakil Hua Yang Berhad (pemaju bersebelahan tapak pembangunan). Sesi ini bertujuan membincangkan isu-isu teknikal yang timbul di tapak, di samping merangka langkah penyelesaian yang optimum bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.




  • Hits: 1109

PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak 2025 selama 2 hari bermula pada 27 - 28 September 2025 bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak.




  • Hits: 1071

MAKMAL CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK PRR

22-24 Sept 2025 - Satu makmal cadangan pelaksanaan projek Program Residensi Rakyat (PRR) oleh Kerajaan Negeri/Agensi Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan oleh Bahagian Perancangan Perumahan (BR) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Makmal ini bertujuan memperincikan pelbagai aspek pelaksanaan projek PRR yang bersesuaian iaitu merangkumi penentuan tapak projek PRR yang bersesuaian, peruntukan pembiayaan, kaedah perolehan, kaedah penyaluran peruntukan serta perkara-perkara berkaitan lain.




  • Hits: 1162

KARNIVAL MESRA ANAK MUDA

IPOH, 20-21 September 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut bersama-sama memeriahkan program Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang berlangsung selama 2 hari, bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak. Di samping itu, pengunjung juga berkesempatan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran bagi permohonan rumah kediaman di bawah Skim Rumah Perakku I (Kos Rendah) dan Perakku II (Kos Sederhana).




  • Hits: 959

LAWATAN PENANDA ARAS LPHP KE SADC

IPOH, 25 Ogos 2025 - Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ke Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama serta memberi inspirasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem perkhidmatan.




  • Hits: 1290

LAWATAN TAPAK KE PROJEK PERUMAHAN D AMAN RESIDENSI BERSAMA PIHAK RTM

IPOH, 25 Ogos 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke Projek Perumahan di D Aman Residensi bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk memantau status terkini pemulihan projek terbengkalai yang sedang dilaksanakan oleh pihak pemaju.
 
Melalui sesi pemantauan ini, LPHP menekankan kepentingan memastikan setiap usaha pemulihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan agar projek dapat disiapkan serta diserah kepada pembeli dengan segera. Kehadiran pihak RTM turut memberi ruang kepada masyarakat untuk mengikuti perkembangan projek melalui liputan media, sekaligus meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam terhadap usaha pemulihan yang sedang dijalankan.
 
LPHP komited untuk terus memantau dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek-projek perumahan terbengkalai dapat dipulihkan demi menjaga kepentingan pembeli serta kelestarian sektor perumahan negeri.
 
 
  • Hits: 1030

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak