PROGRAM JERAYAWARA KESEDARAN AWAM MENGENAI PELAKSANAAN AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2025
Pada 27/2/2025 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna SUK Perak LPHP dengan kerjasama Jabatan Agensi Pelaporan Kredit ( APK), Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan satu program iaitu Program Jerayawara Kesedaran Awam Mengenai Pelaksanaan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2025.
Selain daripada taklimat berkaitan pengurusan kewangan program ini turut menyediakan perkhidmatan seperti :
1) Pendaftaran / Semakan
Rumah Perakku.
2) Semakan CCRIS / CTOS
secara percuma.
3) Konsultasi Kewangan
4) Pameran Rumah Perakku
dan Mampu Milik.
Diantara agensi yang terlibat dalam pameran semasa program ini diadakan adalah LPHP, CTOS, AKPK, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, MAJUPERAK Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku I, II & III Taman Tasik Ardea), Miclebina Properties Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku II Santorini @ Botani, Pangsapuri Refflesia Ipoh) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Perwira Segari).
Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua yang hadir.
- Hits: 79